TAK FAHAM
KERANA UMNO
CAKAP NAK
KELUAR
KERAJAAN
KAH KAH KAH
TAPI KJ CARI
MODAL JUAL UBAT
KAH KAH KAH
SABRI TAK NAK
KELUAR
AMIN
RAMAI MENTERI
UMNO BUAT
FULUS
KHALAS
Kenapa susah sangat faham saranan Agong? – Asyraf
KUALA LUMPUR – Kenyataan terbaharu Istana Negara memperkukuhkan lagi pengzahiran Yang di-Pertuan Agong sebelum ini yang mahu sidang Parlimen diadakan secepat mungkin.
Malah, pertemuan baginda dengan kedua-dua Speaker dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara menjawab polemik berhubung sidang Parlimen mesti disegerakan, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Tuan Haji Asyraf Wajdi Dasuki.
Oleh itu, soalnya, kenapa susah sangat kerajaan hendak faham titah Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Pemerintah yang jelas dalam dua kenyataan media pada 16 Jun lalu menitahkan supaya Parlimen wajar bersidang dalam masa terdekat.
Sehinggakan pada satu peringkat baginda harus sekali lagi memanggil kedua-dua Speaker dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara untuk mengadap.
”Kedua-dua kenyataan media Istana Negara dan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja sebelum ini yang jelas mengggunakan perkataan ‘secepat mungkin’ dan ‘segera’ untuk menzahirkan hasrat Tuanku Agong dan Raja-Raja Melayu yang mahu Parlimen bersidang untuk membahaskan segala permasalahan rakyat yang berhadapan dengan pandemik Covid-19.
“Parlimen juga boleh bahaskan kelak apakah benar darurat yang diproklamasikan kerajaan adalah untuk tujuan menangani Covid-19 atau mempertahankan kuasa!,” katanya.
Menurut beliau, yang pasti jika membaca kedua-dua kenyataan media sebelum ini dengan hati terbuka, jelas Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu amat prihatin akan keperitan rakyat hari ini yang benar-benar susah, terdesak dan amat tertekan.
Justeru, katanya, kerajaan perlulah menyegerakan titah Yang di-Pertuan Agong atau kerajaan hari ini bakal diselar rakyat sebagai kerajaan derhaka.
1 ulasan:
Mat Sembab pula cirit-birit! Kah! Kah! Kah!
Catat Ulasan