Selasa, 29 Jun 2021

RANCANGAN JATUHKAN MUHYIDIN

 

DI BELAKANG 

TABIR 

KAH KAH KAH

TUAN TUAN HAJI

SEDANG RANCANG

NAK JATUHKAN

MUHYIDIN

AMIN




Ahmad Zahid penentu pembentukan jajaran baharu dengan PH, kata Abdullah Sani

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Tuan Haji Ahmad Zahid dilihat sebagai kunci kepada pembentukan jajaran baharu antara parti itu dengan Pakatan Harapan (PH) dalam tempoh terdekat.

Menurut Ahli Parlimen Kapar, Tuan Haji Abdullah Sani Abdul Hamid, Ahmad Zahid boleh memainkan peranan untuk melunaskan segera kerangka yang dirancang untuk membantu menyelamatkan negara.

Beliau berkata, Ahmad Zahid boleh membuat keputusan untuk menggunakan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) untuk meminta ahli-ahli Parlimen UMNO untuk keluar dari kerajaan sekiranya tuntutan beliau kepada Perdana Menteri, Tuan Haji Muhyiddin Yassin agar sidang Parlimen dipanggil dalam tempoh 14 hari tidak dipenuhi.

“Ahmad Zahid boleh mengambil peranan itu. Bagaimanapun saya tidak boleh mencampuri urusan UMNO, tetapi merasai kebertanggungjawaban itu perlu digalas semua pihak.

“Jadi selepas Ahmad Zahid membuat keputusan, maka tidak ada masalah jajaran baharu boleh dibentuk demi negara dan rakyat. Terpulang kepada Ahmad Zahid untuk membuat keputusan, semua bergantung kepada beliau.

Kita sentiasa bersedia bila-bila masa saja juga tidak sabar untuk bersama UMNO atau tidak kira siapa sahaja atau mana-mana parti sekali pun termasuk parti bebas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abdullah Sani berkata, kini semuanya terletak di tangan Ahmad Zahid untuk membuat keputusan ke arah itu.

Katanya, jika UMNO menarik diri dari kerajaan Perikatan Nasional (PN), secara automatiknya kerajaan sedia ada akan runtuh.

“Kalau sekiranya ahli-ahli Parlimen UMNO menyokong Tuan Haji Anwar Ibrahim, Alhamdulillah. Kita mengharapkan sedemikian. Apabila Ahmad Zahid menyebut jajaran baharu yang diperkenalkannya, tentulah langkah mengkiblatkan kepada negara ini dibina semua dan menyelamatkan negara.

“Jadi tidak ada masalah kerana dalam konteks menyokong itu bukan bermakna membeli orang dengan jawatan-jawatan dan sebagainya. Sudah memadai ia diberikan keinsafan kepad ahli Parlimen bahawa negara ini sudah berada dalam keadaan kerosakan luar biasa dan tidak boleh lagi diselamatkan kalau diteruskan PN memerintah,” katanya.

Jelas Abdullah Sani lagi, Ahmad Zahid sebelum ini telah menzahirkan bahawa beliau tidak boleh menghalang mana-mana ahli Parlimen UMNO untuk menyokong sesiapa pada peringkat awal.

Sebelum ini, Ahmad Zahid menyatakan pendirian tegas parti mendesak kerajaan supaya menghormati titah Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu dan memanggil sidang Parlimen dalam tempoh 14 hari.

Menurut Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, kegagalan kerajaan melaksanakan titah tersebut dianggap satu bentuk penderhakaan dan tidak menghormati institusi Raja-Raja Melayu. – 


INI SUARA

DOLAH SANI 

KAH KAH KAH

DALAM PKR 

PUN TAK PAKAI

KAH KAH KAH

MANA SUARA

JO ABDUL

AMIN

MANA SUARA

SAIFUDIN

AMIN

NGAPA DOLAH

TAK SEKOLAH

BUAT HEBAH 

KAH KAH KAH 

APAKAH DOLAH 

KINI JURU CAKAP 

TIM BANDUAN

KAH KAH KAH




3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ingatkan siapa pembunuh si adib boleh selesai kalau parti pas jadi parti pemerintah, rupa² macam taik jugq..what the fucck, nak buat ruu undang², sila meninggal lah

herman adnan berkata...

Ahli Parlimen Sungai Petani pun dah hilang teloq ka?

Tanpa Nama berkata...

Dol Sani ni aleh2 boleh ngam dengan Wak Jahid. Ntah2 ada DNA tempey juga kot. Belah Klang,Kapar,Tanjung Karang sampai lah Bagan Datuk memang banyak DNA tempey ni. Kalau berjumpa mesti tanye dulu ..'kabare Wak'...