Jumaat, 2 Julai 2021

BERKHALWAT HARI KE 472

 



KHALWAT KE 472

JUMAAT  2/7/2021

KITA MASUK KE HARI 472
BERKHALWAT

DARURAT
HARI KE 172

PKP 4.0
MAKIN KETAT
DI SELANGOR
DI KUALA LUMPUR
KETAT KETAT
POLIS DISANA SINI

KITA MAKIN PARAH
DALAM MASA YANG SAMA
POLITIK MAKIN  PARAH

PERDANA MENTERI
TAK SEHAT
KENA CERET BERET
AMIN

PAGI  INI GUA MASUK HOKKIEN
AGAK MENDUNG
KUALA LUMPUR BERKABUS
KL SENTRAL BERJEREBU
MATA HARI TAK NAMPAK

TAPI UNGGAS SIBUK
TERKUKUR TIONG BISING
DARI JAUH 
SUARA JANTAN BERKOKOK

DI HADAPAN MENGKUDU
GUA NAMPAK HANYA SAEKOR TEMPUA
TAPI
HA HA HA 
DISEKELILING POKOK MENGKUDU
GUA DENGAR SIMPONI CENGKERIK
NAMPAKNYA
CENGKERIK DAH KEMBALI
HUJAN TELAH MENJEMPUT
MEREKA DATANG KEMBALI
KE HOKKIEN

BRO
MULA KAN PAGI INI
DENGAN SENYUMAN
SAPERTI PAGI KELMARIN

BRO
HATI YANG DISAKITI
JADIKAN KITA KUAT
HATI YANG LUKA
JADIKAN KITA DEWASA
TAKUT JADIKAN KITA BERANI
TERIMA KASIH PADA KELMARIN

BRO
BERCAKAPLAH DENGAN JUJUR
AGAR YANG LAIN
AKAN MENDENGAR
JUJURLAH MENDEGAR
AGAR ORANG LAIN AKAN BERCAKAP

BRO
KALAU LU DAH
TAK AMBIK POT
APA ORANG LAIN KATA
LU TELAH BERJAYA
DALAM HIDUP

BRO
DALAM DUNIA INI
 KITA DISAKITI
OLEH DUA PEKARA
SAKIT YANG MENYAKITKAN
SAKIT YANG AKAN
MENGUBAH KITA

BRO
JANGAN PAKSA PAKSA
KALAU DIA NAK
DIA AKAN JADI

DALAM HIDUP INI
UNTUK BERJAYA
ADA SATU SYARAT
JANGAN TIPU DIRI SENDIRI

BRO
PERCAYA PADA DIRI LU
TAKDA SAPA BOLEH LAWAN
TAKDA BENDA BOLEH LARANG

BRO
KEJAYAAAN BUKAN
KUNCI KEGEMBIRAAN
TAPI
KEGEMBIRAAN IALAH
KUNCI KEJAYAAN
JIKA LU SUKA
APA YANG LU BUAT
LU SUDAH BERJAYA

BRO
LU JANGAN GOYANG
JIKA ADA TUDUHAN
ATAU
ADA PUJIAN

BRO
LU TAHU APA
YANG WAJIBA LU BUAT
KUASA PADA TANGAN LU

BRO
SYARAT NAK UBAH HIDUP
SENANG SAJA
UBAH CARA BERFIKIR

BRO
YANG SUSAH DALAM HIDUP
INI NAK LUPAKAN
YANG LALU
BILA LU BERJAYA
MELUPAKAN YANG LALU
RUANG KOSONG DALAM HATI
AKAN DISI DENGAN YANG BARU
AMIN

BRO
LAKUKAN HARI INI
LAKUKAN SEKARANG

SELAMAT BEKHALWAT

Tiada ulasan: