KHALWAT KE 490
SELASA 20/7/2021
KITA MASUK KE HARI 490
BERKHALWAT
KE HARI 490
KITA MASUK KE HARI 490
BERKHALWAT
KE HARI 490
DARURAT
MASUK KE HARI
190
CUKUP BULAN TAMAT
PKP 4.0
MENAKUTKAN
ANGKA TAK TURUN TURUN
AMIN
GAWAT EKONOMI
INI HANYA PERMULAAN
KITA SUDAH PARAH
DUNIA JUGA SEDANG PARAH
GAWAT POLITIK
MINGGU DEPAN
PARLIMEN AKAN BERSIDANG
UNTUK BINCANG PKP
UNTUK BINCANG DARURAT
TAK ADA UNDI TAK CAYA
MUHYIDIN SELAMAT
AMIN
HARI INI
HARI RAYA HAJI
KALI KE DUA DALAM PKP
TAHUN LALU TAK KETAT
RAMAI BALIK KAMPUNG
GUA PUN BALIK KAMPUNG
ERTINYA DAH SETAHUN
GUA TAK BALIK KAMPUNG
DULU 20 TAHUN
GUA TAK BALIK KAMPUNG
TAPI ITU LAIN CERITA
SEKARANG RASANYA LAIN
PAGI SELASA YANG INDAH
GUA BERJALAN DI TEPI BLOK
DALAM BELUKAR MURAI BERLAGU
INDAH PAGI INI
DALAM HOKKIEN GUA
DENGAR SAYU SAYU
TAKBIR RAYA
DARI MASJID BELLAMY
INDAH PAGI INI
SELURUH HOKKIEN
MENDENGAR TAKBIR RAYA
UNGGAS BERLAGU
TAPI
TAKBIR LEBIH KUAT
GUA LINTAS DEPAN MENGKUDU
AH!
GUA NAMPAK SAEKOR
SEDANG BERGAYUT PADA SARANG
DAN GUA PERHATIKAN
JELAS SATU LAGI BANGLO
SEDANG DIBINA
GUA NAMPAK TIANGNYA
AMIN
BRO
MULAKAN PAGI RAYA INI
DENGAN SENYUM
KALAU KE MASJID
SENYUMLAH
KALAU MINUM KOPI
PAGI RAYA SENYUMLAH
BRO
KERJA KECIL
YANG KITA LAKUKAN
LEBIH BAIK DARI
NIAT NAK BUAT PROJEK BESAR
BRO
ANTARA CAKAP DENGAN BUAT
BANYAK KASUT DAH RAHAI
BRO
TAK ADALAH BANTAL SELEMBUT
HATI YANG SUCI
BRO
MATA KITA TAK KAN MELUPAKAN
APA HATI KITA DAH TENGOK
BRO
BANYAK BENDA MEMIKAT MATA
TAPI IKUTI YANG MENANGKAP HATI
BRO
KALAU KITA TAKUT
ULAR ITU AKAN JADI LEBIH BESAR
BRO
KALAU ESOK
LU NAK UBAH GUNUNG ITU
HARI INI LU WAJIB MULA
ANGKAT BATU ITU
BRO
KITA TAK BOLEH UBAH
ARAH ANGIN BERTIUP
TAPI KITA BOLEH UBAH
LAYAR KITA
BRO
BILA ANGIN BERTIUP
ADA ORANG MEMBUAT TEMBOK
ADA JUGA MEMBUAT KINCIR UDARA
BRO
SABAR INI
SEBATANG POKOK
YANG AKARNYA PAHIT
TAPI
BUAHNYA MANIS
BRO
KATA KATA INI
MACAM LEBAH
ADA MADU
ADA SENGAT
BRO
DENGAN KATA KATA MANIS
DENGAN KEBAIKKAN
KITA BOLEH MENGHERET GAJAH
DIIKAT DENGAN RAMBUT
BRO
YANG BEBAL BERCAKAP
APA YANG DIA TAHU
YANG BIJAK TAHU
APA YANG DIA CAKAP
BRO
JANGAN JADI PAPA
KERANA HENDAK BERGAYA
BRO
RINGGIT DAN SEN
PEMBANTU YANG BAIK
TAPI
BOS YANG GANAS
BRO
SEMUA ESOK YANG BERBUNGA
SEMUA NYA BENIH HARI INI
BRO
BILA LU BUAT UNGGUN API
RAMAI DATANG BERKUMPUL
BILA LU NAK BERSIHKAN ABU
BIASANYA LU BUAT SEORANG
BRO
KATAK DALAM PERIGI
DIA TAK TAHU
ADA LAUT LUAS
BRO
YANG TELAH BERLALU ITU
RUMAH API
BUKAN PELABUHAN
AMIN
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT HARI RAYA HAJI
SELAMAT BERKHALWAT
1 ulasan:
Bro..dah ambik beksin belum?
Catat Ulasan