JANGAN FITNAH
KERAJAAN
Unknown commented on
"FINTAH KERAJAAN"
Nape lah lu nak fitnah kerajaan. Berdosa nanti kena mintak maaf dgn kerajaan, bermakna kena minta maaf dgn 30 juta penduduk. Susah tu. Ekonomi kita memang berkembang pesat. Pelaburan asing mencurah2. Aku tak pasti dicurahkan dimana. Anak2 jiran aku semua dok relak2 kat umah tak gi kerja. Syarikat bg cuti panjang. Makan pagi petang oder je sampai pintu rumah. Kedai2 kat kejiranan ku sebaris tutup kecuali kedai tujuhsebelas. Tokey2 kedai yg tutup tu dok umah bermain ngan anak cucu 24 jam bagi menjana kualiti hidup berkeluarga.
Rider fast food sumer ada kualiti, memiliki degree dan masters. Grab driver ramai offer keta untuk dijual sebab malas nak bayar ansuran,nak duduk umah relaks mcm org lain. Budak2 muda ramai skrg ni yg mencebur diri dlm industri penjualan, katanya jual sekam. Aku pun bangga juga budak2 ni boleh terfikir jual sekam. Ramai dah anak2 muda berminda perniagaan. Masyarakat pun ramai dah kaya raya.
Drp dok relaks kat umah, mrk ramai2 pegi bagi hadiah makan dan keperluan harian kpd sape2 je yg kibar bendera putih tak kira bangsa atau ugama. Harga ikan kembung pulak dah naik RM20 sekilo bukti ekonomi mencanak naik. Budak2 kaki ragut pun dah relaks kat umah tak gi kerja. Sebab ramai pelanggan main dok umah tak keluar2. Yg dok umah suka ngat melayari website EPF,Baitulmal, Perihatin itu Perihatin ini mungkin nak buat derma. Orang putih kata kehidupan spt ini adalah utopia.
1 ulasan:
Betul bro gua sokong lu..jgn pitnah kerajaan..kita dah maju..menteri ramai duta bertaraf menteri pun ada..semua gaji besar2 ada ambik sikit la duit tepi.sikitt je ada la berapa puluh juta tak sampai biliyun lagi pun duit tu nanti boleh bayar zakat..rakyat gak yang dapat..boleh bina skolah igama..nanti murid blh blaja macam mana nak jual agama..nanti masa ngundi nak bagi kain pelikat beras duit pasar sikit baik ahli politik langsung takde niat nak nipu..tak caya tanya pak jib
Catat Ulasan