RAKYAT MUAK
BOSAN MUNTAH
DENGAN ANCAMAN
DARI UMNO
AMIN
KENAPA ZAHID
KENAPA NAJIB
DAN TIM MAHKAMH
TAK KELUAR
AMIN
KALAU KELUAR
MUHYIDIN JATUH
AMIN
INI PROJEK PAU
Hanya 6 tak setuju tolak Muhyiddin, kata sumber MKT
HANYA enam ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno enggan menandatangani akuan bersumpah (SD) bagi menarik sokongan ke atas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, kata sumber parti.
Ahli MKT itu memberitahu The Malaysian Insight, SD tersebut terlebih dahulu diserahkan kepada setiap ahli MKT sebelum mesyuarat jawatankuasa itu berlangsung pada Rabu malam secara hibrid.
Menurut beliau, surat itu diserahkan sendiri oleh Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi kepada setiap anggota MKT tersebut dan meminta mereka menandatanganinya.
Kemudian, Zahid mengumumkan hanya enam daripada 58 anggota MKT didapati enggan menandatangani akuan sokongan tersebut, tambah beliau.
“Sebelum mesyuarat beliau sudah panggil setiap MKT untuk tandatangani surat macam SD untuk bersetuju apa yang beliau nak buat, apa yang nak dibincangkan seperti tarik diri daripada Perikatan Nasional (PN), tidak sokong Muhyiddin.
“Daripada 58 MKT itu, enam orang saja yang tak tandatangani surat SD itu. Jadi, Zahid mempunyai majoriti menyokongnya,” kata beliau.
Keputusan itu menunjukkan majoriti menyokong ketetapan dan enam anggota MKT tersebut tidak lagi diambil kira sebagai pandangan penting, tambahnya.
Menurut sumber, Tajuddin Rahman (Pasir Salak) dan Zahidi Zainul Abidin (Padang Besar) serta pemimpin Puteri Umno Dira Abu Zahar antara enam yang tidak menyokong.
Mengulas lanjut sumber itu berkata enam anggota MKT itu antara lain bersikap demikian kerana berpendapat tindakan menolak kepimpinan Muhyiddin sebagai satu bentuk manipulasi.
“Selain itu mereka juga tidak faham apa sebenarnya perancangan presiden.
“Contoh dalam surat ada menyebut Umno mahu tarik diri daripada kerajaan PN tapi yang empat negeri bersama Bersatu ini hendak kekal. Jadi itu antara yang dipersoalkan mereka,” katanya.
Tambahnya lagi, sumber itu berkata mesyuarat MKT Umno berjalan dengan lancar dan tidak berlaku situasi tegang seperti yang dilaporkan media.
“Mesyuarat berjalan lancar tak ada situasi tegang cuma ada ada sedikit perbezaan pendapat sebab antara yang dibincangkan adalah bila tempoh Umno mahu keluar daripada PN.
“Presiden mahu keluar daripada PN serta merta namun ada ahli MKT yang tak setuju untuk sekarang kerana masa itu tak sesuai. Jadi itu yang ada sedikit pertembungan,” katanya.
Awal pagi Khamis, Zahid mengumumkan parti itu menarik balik sokongan kepada Muhyiddin dengan serta merta selepas mesyuarat MKT Umno.
Alasannya, PN gagal mengawal pandemik Covid-19, membantu ekonomi dan kesejahteraan rakyat dan menyalahguna kuasa darurat untuk menggantung demokrasi berparlimen.
Zahid ketika mengumumkan keputusan Umno minggu lalu berkata perdana menteri baharu perlu dilantik sehingga negara berjaya tangani pandemik dan mencapai imuniti kelompok melalui vaksinasi sebelum mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15.
Beliau bagaimanapun tidak menamakan calon perdana menteri sementara itu.
Mesyuarat pada Rabu turut menyerahkan kepada ahli Parlimen Umno untuk menentukan sama ada mereka ingin menyokong Muhyiddin dalam persidangan Umno kelak.
Selain itu, ia memutuskan pemilihan Umno ditangguhkan selama 18 bulan lagi.
Mesyuarat itu dibuat sejurus selepas Muhyiddin melantik dua pemimpin Umno, Ismail Sabri Yaakob sebagai timbalan perdana menteri dan Hishammuddin Hussein sebagai menteri kanan.
Seorang lagi anggota MKT Ahmad Said berkata sebanyak 55 ahli MKT menyokong keputusan dalam mesyuarat semalam.
“Dari segi ahli MKT ada 53 orang menyokong. Tapi biasalah dalam mesyuarat ada pandangan yang berbeza tapi tidak ada ketegangan apa pun,” kata ketua Umno Terengganu itu.
Ditanya mengenai sikap anggota MKT dan ahli Parlimen yang menolak keluar PN, Ahmad Said berkata sentimen itu tidak relevan kerana hanya parti berhak memutuskan segala keputusan.
Oleh itu, pemimpin berkenaan perlu mempertahankan keputusan itu mengikut adat berparti, katanya.
“Kita jadi calon kerana siapa, kerana parti. Kalau dia rasa dia kuat (ikut dialah). Tapi nanti bila tiba masa pilihan raya umum kena ingat yang berkuasa dalam pelantikan calon adalah presiden.
“Kalau dia rasa dia besar kepala jadi buat keputusan bertentangan dengan apa diputuskan MKT,” katanya. – 12 Julai 2021.
3 ulasan:
Rakaman audio mesorat MKT umno tunjukkan yg Tajudin yg lantang bersuara tak sokong. Habis dia bantai wak presiden dan semua kunun tak setuju nak keluar. Sobonarnya itu ialah tektik tajudin. Wak jahid gunakan tajudin buat wayang utk kenalpasti sapa lagi mkt yg tak sokong.kahkahkahkah.Mustahil tak paham. Pengarah pilihanrayo yg wak jahid lantik mana mungkin nak lawan. Yg sebenarnya limo orang ajo yg tak sokong sebab tgk panglima tajudin brandi bukak. Kahkahkahkah.mustahil tak paham tektik geng kluster mahkamah.kahkahkahkah. bro. Jgn mudah kena tipu. Kena baca ini game.kahkahkah
Tarik Tak tarikpun sama je UMNO xkan kembali jadi kerajaan kalau dengan undi rakyat, Masa UMNO samalah dengan Tun M sudah berlaku, terima kasih atas jasa pada negara dulu2 .. sekarang semua berebut kuasa rakyat dah meluat dengan kalian... xsabar nak mengundi pru 15
Kobid tak boleh atur, bantuan tak sampai, mereka asyik gaduh pasal jawatan bank key post income rakyat pula mati, tapi ingat jangan mudah lupa, tak lupa macam pengkhianat, macam pentobdol, Macam kote tikam lubang bottom,semua ini kena buang kena sampah Kan kena tibai kena kalah Kan mereka, simpan dendam waai pengundi semua, power kita hanya undi, simpan undi marah anda, semua ular emak sampahkan mereka terus biar undi yang tak cereik barutak ada pengalaman kah kah kah
Catat Ulasan