Jumaat, 30 Julai 2021

TUAN HAJI HADI KITA

 

INI KLASIK

LAWAK BERDIRI

DARI TUAN HAJI

ADUL HADI

KAH KAH KAH



Kejayaan Perikatan menyebabkan ada pihak tercabar, kata Hadi

KEJAYAAN kerajaan Perikatan Nasional (PN) mewujudkan kerajaan campuran termasuk dalam kalangan parti bumiputera dan parti bukan Islam yang menolak pendekatan ekstrem, menyebabkan ada pihak yang berasa tercabar.

Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata ia lebih-lebih lagi apabila kerajaan PN menunjukkan perubahan positif (kebaikan) dalam pentadbiran berbanding kerajaan terdahulu.

“Maka sudah pasti wujudnya gerakan untuk menjatuhkan kerajaan PN dengan segala cara.

“Oleh itu, seluruh rakyat yang sedar dan insaf terutamanya pemimpin negara, janganlah ditipu lagi dan hendaklah menghalang anasir-anasir perosak yang berpakat untuk menyingkirkan Islam dalam negara,” katanya dalam kenyataan di Facebook rasminya hari ini.

Beliau turut mengingatkan rakyat supaya bersiap-sedia menghadapi sebarang kemungkinan ancaman anasir luar yang cuba memecahbelahkan perpaduan dalam kalangan rakyat. – Bernama, 30 Julai, 2021.

CIRI POLA

LAWAK BERDIRI

YANG KLASIK

KAH KAH KAH

TEMPO DAN

PUNCH LINE

YANG TEPAT

KAH KAH KAH

ATAU INI

LAWAK BONGKOK

KAH KAH KAH



 

3 ulasan:

Unknown berkata...

Haji hadi satu dalam sejuta… politik dia melangkaui zaman, luar dari kotak. Idea dia memang takde oram lain terpikir hanya dia dan hanya dia yang memilikinya tidak ada yang selain dia.. seandainya kau terdetik akan sesuatu yang seakan dia maka ketahuilah itu sekali kali bukan dia.. haji hadi hanya satu tidak ada dua. Mencandat sotong kesukaan dia.. terengganu negeri kelahirannya.. duta timur tengah jawatannya.. wal hasil balik asal tiada apa apa hasil darinya hanya lebong kosong didalam kekosongan..

Tanpa Nama berkata...

Dia punya lawak surius betul lah. Aku surius ketawa sampai berkerut dahi.

Tanpa Nama berkata...

Ni bukan lawak, ini kiwak