Jumaat, 6 Ogos 2021

BERKHALWAT HARI KE 507

 


KHALWAT KE 507

JUMAAT  6/8/2021

KITA MASUK KE HARI 507
BERKHALWAT

PKP 4.0
KOBID MASIH MENYERANG
ANGKA MASIH TINGGI
SUNTIKAN TERUS BERJALAN

DARURAT
DA RU RAT
KAH KAH  KAH
BELUM TAMAT LAGI
AMIN

DARURAT BARU
 SEDANG MENGAWAN
INI DARURAT POLITIK

SEMUA MASIH BERCELARU
ISMAIL SABRI
LAWAN TOWKAY
GEROMBOLAN GADUH
ADA SOKONG MAHIADIN
ADA ANTI MUHYIDIN

MUHYIDIN KATA SEPTEMBER
PAKATAN KATA SENIN INI
NAJIB TANYA
HOWAT LAMBAT SANGAT
KAH KAH KAH

PAGI INI INDAH
MATAHARI DAH KELUAR
HUJAN PETANG KELMARIN
MENJADI UDARA SEGAR

SIMPONI CENGKERIK BERMAIN
JANTAN GUA DENGAR AMAT JAUH
TIONG  DAN TERKUKUR
BISING BERLAGU

TEPI BELUKAR 
MURAI BERSIOL
MENCERIAKAN PAGI JUMAAT

GUA ALIH JALAN
ARAH ANAK SUNGAI
DARI ATAS JAMBATAN
GUA LIHAT
AIR TENANG
TAK NAMPAK ANAK IKAN MERAYAU
AMIN

BRO
MULAKAN PAGI INI
DENGAN SENYUM
KITA LAHIR
SEKALI LAGI
UNTUK MEMBUAT KEBAIKKAN

BRO
UNTUK JADI DIRI SENDIRI
WAJIB BERANI
BERDIRI SORANG DIRI

BRO
MUSUH CILAKA
MENGGANGU KRETIVITI
IALAH WAS WAS DIRI

BRO
KALAU LU ADA
YAKIN DIRI
SEMUA MUNGKIN

BRO
BAHAGIA NI MACAM RAMA RAMA
KITA KEJAR TAK DAPAT
KITA SENYAP
DIA DATANG
HINGGAP ATAS BAHU

BRO
BILA NAK HUJAN
CARAI PELANGI
BILA GELAP
CARI BINTANG

DALAM DUNIA KITA INI
ADA RATUSAN BAHASA
HANYA BAHASA SENYUMAN
DI FAHAMI OLEH SEMUA

BRO
PERANGAI
YANG JELIK
MENGHODOHKAN
MUKA YANG CUN

BRO
JANGAN MARAH
PADA SOSOK
YANG TAKDA UPAYA
UNTUK BERUBAH

BRO
JADI PEMERHATI
YANG TELITI

SABAR
IALAH KETIKA KITA NAK MARAH
TAPI KITA PILIH
UNTUK MEMAHAMI

JANGAN TUNGGU ESOK
MULAKAN HARI INI

BANYAK PEKARA
KITA  LIHAT
BUKAN SAPERTI IANYA
YANG KITA LIHAT
DENGAN DIRI KITA

BRO
MATA KITA INI
TAK ADA GUNANYA
JIKA MINDA KITA BUTA

SOSOK YANG SENYAP
MEMILIKI MINDA YANG BISING

BRO
CARA BUAT KERJA
UNTUK HASIL YANG  HEBAT
IALAH MEMBUATNYA
DENGAN PENUH CINTA

BERHENTI
BERCAKAP AKU HARAP
MULAKAN BERCAKAP
AKU BUAT

BRO
INTAN ITU
HANYA  ARANG
YANG TELAH MENERIMA
TEKANAN DAN HIMPITAN

BRO
JADIKAN  HARI INI HEBAT
SEHINGGA KELAMRIN
JADI CEMBURU
AMIN

LAKUKAN HARI INI
LAKUKAN SEKARANG

SELAMAT BERKHALWAT

Tiada ulasan: