Selasa, 3 Ogos 2021

CONTOH YB TAK GILA JAWATAN MENTERI - LETAK JAWATAN

 

 LETAK JAWATAN

KAH KAH KAH

AMIN

CONTOH MENTERI

TAK GILA JAWATAN

AMIN

KJ H20 ISMAIL

ANNUAR MUSA

APA CERITA

KAH KAH KAH 

TAPI MUHYIDIN

TAK RISAU

AMIN



Ahli Parlimen Lenggong letak jawatan kabinet Muhyiddin

SHAMSUL Anuar Nasarah letak jawatan menteri kabinet Muhyiddin Yassin dan mahu menumpu perhatian sebagai ahli Parlimen Lenggong.

Beliau membuat keputusan itu dengan alasan “patuh dan setia” kepada Umno, selepas parti menarik balik sokongan kepada Muhyiddin sebagai perdana menteri pada awal Julai.

“Mengambil kira beberapa keputusan dan pendirian parti, maka, sebagai ahli Umno yang patuh dan setia kepada parti, saya dengan ini meletak jawatan sebagai Ahli Jemaah Menteri Kerajaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pegawai pejabat Shamsul Anuar juga mengesahkan kenyataan itu kepada The Malaysian Insight.

Kenyataan itu antara lain dipaparkan di laman Facebook rasmi Umno.

Shamsul Anuar adalah ahli Parlimen Lenggong tiga penggal sejak 2008.

Selepas peralihan kerajaan pada Mac 2020, beliau dilantik sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli.

Dalam kenyataan tiga perenggan, Shamsul Anuar merakamkan terima kasih kepada Muhyiddin atas peluang berkhidmat sebagai menteri serta kepada warga Kementerian Tenaga dan Sumber Asli. 

“Tumpuan saya selepas ini ialah memberikan fokus kepada tugas sebagai Ahli Parlimen Lenggong dan membantu memperkuat parti dalam menghadapi situasi politik yang semakin mencabar,” katanya.

Pengumuman letak jawatan Shamsul Anuar muncul ketika Majlis Kerja Tertinggi Umno bermesyuarat sejak 4 petang tadi untuk menentukan pendirian politik susulan perkembangan di Dewan Rakyat minggu lalu.

Minggu lalu, kerajaan Muhyiddin berselisih pandangan dengan Yang di-Pertuan Agong berhubung cara pembatalan ordinan darurat, menjelang berakhirnya tempoh proklamasi darurat pada 1 Ogos.

Umno mempunyai sembilan menteri dan lima timbalan menteri dalam pentadbiran Muhyiddin yang dibentuk pada 1 Mac 2020 selepas percaturan politik pada hujung Februari sebelumnya, yang dikenali sebagai episod Langkah Sheraton. – 3 Ogos, 2021.

 MUHYIDIN

TAK RISAU

KAH KAH KAH

PELACUR SEDIA

MENGANGKANG

DENGAN SETIA

AMIN





Tiada ulasan: