SAPA PILIHAN
RAKYAT
AMIN
Raja-raja Melayu mesyuarat Jumaat bincang calon PM, kata laporan
RAJA-RAJA Melayu akan bertemu pada Jumaat, apabila Yang di-Pertuan Agong dijangka mendedahkan calon perdana menteri daripada pelbagai parti, lapor The Star hari ini.
Memetik sumber, laporan itu berkata ahli Parlimen mempunyai masa sehingga hari ini untuk menyerahkan kepada Yang di-Pertuan Agong akuan bersumpah berhubung perdana menteri pilihan mereka.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan mempengerusikan mesyuarat pada Jumaat di Istana Negara pada jam 2.30 petang.
Agong bertindak tepat dengan meminta ahli Parlimen menyatakan perdana menteri pilihan mereka kepadanya secara langsung, kata sumber istana dalam laporan itu.
“Ada beberapa kes pada masa lalu, apabila ahli Parlimen diketahui memiliki lebih satu akuan berumpah (untuk calon PM),” kata sumber.
“Ia menyebabkan rakyat tidak lagi mempercayai dokumen ini. Justeru, Istana ingin menyelesaikannya dengan betul,” kata sumber.
Speaker Dewan Azhar Azhar Azizan Harun dalam satu surat memberitahu ahli Parlimen yang mereka diberi tempoh sehingga pukul 4 petang hari ini untuk menamakan perdana menteri pilihan mereka.
Agong sedang dalam proses melantik perdana menteri baharu selepas Muhyiddin Yassin meletak jawatan pada Isnin.
Sumber Istana berkata Raja-raja Melayu ingin ahli politik fokus memerangi wabak dan memulihkan kembali ekonomi, dan mereka mahukan kestabilan, keamanan dan keharmonian dikekalkan.
Barisan Nasional malam tadi menamakan Ismail Sabri Yaakob sebagai calon perdana menteri gabungan itu.
Anwar Ibrahim adalah pilihan pembangkang. – 18 Ogos, 2021.
1 ulasan:
KuLi kekaL sebagai caLun segaLa CALUN
Puluhan tahun kuLi d caLun kan sebagai pm, biLa kjaan abah muLa nak rebaH kuLi d caLun-kan puLak sbg caLun PM interim
PM caretaker gomen
Terok sangat keLakuan rakyat maLaysia ni... yaa ampon nazriO
Catat Ulasan