JUMLAH MELAYU
DI SINGAPURA
TAK RAMAI
AMIN
TAPI PALING
RAMAI DALAM
PENJARA UNTUK
DI BUNUH
AMIN
Banduan Melayu
Singapura tunggu
hukuman mati saman
kerajaan kerana
amal diskriminasi kaum
17 orang banduan di Singapura yang menunggu hukuman mati berhubung pelbagai kesalahan berkaitan dadah menuntut mahkamah mengisytiharkan kerajaan melaksanakan diskriminasi dan tidak adil dalam pertuduhan terhadap mereka, disebabkan mereka etinik Melayu, dalam saman bersejarah yang dijangka bakal mencetuskan debat baru mengenai layanan warga Melayu di negara itu.
Kesemua banduan tersebut adalah warga Singapura kecuali seorang yang berasal dari Malaysia diwakili M Ravi, peguam terkemuka Singapura yang dikenali kerana mengendalikan kes berprofil tinggi menentang kerajaan.
Mereka juga menamakan peguam negara itu sebagai defendan, mendakwa beliau melanggar jaminan Perlembagaan berhubung layanan yang adil di bawah undang-undang, di samping turut menambah mereka disoal siasat, dibicarakan dan disabitkan kesalahan di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah yang zalim dengan secara melulu dan berdasarkan “faktor tidak relevan berhubung etnik kami”.
Pengurusan kes tersebut akan diadakan esok bagi mentapkan tarikh perbicaraan.
Dalam saman mereka, kumpulan banduan itu turut memberikan statistik dan beberapa graf berhubung trend pendakwaan bagi kesalahan dadah di Singapura bagi menunjukkan bagaimana orang Melayu yang dijatuhkan hukuman mati dibatalkan atau ditukar kepada hukuman penjara selepas dirayu.
Dalam afidavit mereka yang mengandungi hampir 100 muka dilihat MalaysiaNow, mereka berkata orang Melayu “secara signifikan mencatatkan perwakilan yang terlalu banyak” dijatuhi hukuman mati berbanding populasi lain di Singapura.
Mereka berkata walaupun peratusan komposisi kaum atau etnik di Singapura kekal dan tidak begitu banyak berubah sejak beberapa dekad lalu, namuan ia tidak sebanding dengan pesalah-pesalah yang dijatuhi hukuman mati.
“Ketika komposisi etnik populasi masik kekal stabil, perbezaan antara komposisi Melayu dalam populasi biasa dan populasi Melayu yang menerima hukuman mati kerana kesalahan dadah semakin meningkat sejak dekat lalu. Pada masa sama, angka individu dari etnik Cina yang dijatuhi hukuman mati semakin berkurangan memiliki jumlah yang hampir serupa,” kata plaintif dalam afidavit yang dikeluarkan pada 13 Ogos lalu di mana ia turut memasukkan data dan statistik rasmi yang terperinci.
Berdasarkan statistik rasmi hingga Jun tahun lalu, Melayu menyumbang 13.5% dari populasi di negara itu, sementara 74.3% adalah Cina dan 9% adalah India.
Singapura tidak mengeluarkan sebarang angka rasmi mengenai banduan bilik akhir mereka.
Namun berdasarkan pecahan etnik, plaintif berkata 50 dari 77 orang yang dijatuhkan hukuman mati antara 2010 dan 2021 adalah Melayu, 15 India, 10 Cina dan dua dari etnik lain.
Ia juga turut berkata daripada 28 penghakiman hukuman mati yang ditukar, 12 daripada mereka adalah Cina dan sembilan adalah Melayu.
Mereka turut berkata sepanjang tempoh 11 tahun lalu, 66 daripada 120 perdakwaan adalah terdiri daripada Melayu bagi kesalahan dadah yang membawa hukuman mati, sementara 76% daripada mereka dijatuhi hukuman tersebut, mengatakan ia menunjukkan wujud unsur menyasarkan etnik Melayu secara sistematik oleh Biro Narkotik Pusat Singapura (CNB).
“Plaintif mendakwa jumlah pendakwaan yang ketara terhadap Melayu dengan kesalahan membawa hukuman mati ketika dibanding dengan individu etnik lain menunjukkan amalan penyiasatan CNB menyasarkan pesalah daripada komuniti Melayu, dan kurang mengesan pesalah daripada komuniti lain, atau jumlah yang tidak selari dengan komposisi berhubung pendakwaan yang diteruskan terhadap suspek-suspek Melayu berbanding suspek daripada etnik lain,” kata mereka.
3 ulasan:
Masa Tumasik nak di keluarkang ..dalam Malaya nisbah Melayu dingan Cina 50:50. Kalau lah Tumasik tak dipanchotkang kompom Melayu sikarang ni jadi Kunta Kinte dalam tanah sindiri. Malah sikalang ni pong dingan Cina 27% je kita Melayu dah merempat ..di henyak dan di sengkekkan bukan dingan Cina tapi ..tapi3X ..dingan Melayu UMNO ..dingan falsafah IDOP MALAIYU ..mendeka7X ..
Melayu suka ngut-ngut barang oleh kerana itu tak usah hairan jika bangsa kita menjadi champion di tali gantung‼️KHALAS
TT, tim banduan yang songlap duit rakyat boleh guna diskriminasi kaum dimahkamah tak? Saje tanya jangan marah ya.
Catat Ulasan