Khamis, 19 Ogos 2021

NAJIB MULA BUAT TAIK



 

NAJIB NAK DUGA

ISMAIL SABRI

KAH KAH KAH

IKUT CAKAP

ATAU TAK IKUT

CAKAP

KHALAS



Hakim tidak gembira Najib gagal hadir perbicaraan

Hakim yang mendengar kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapi Najib Razak kelihatan tidak gembira, apabila bekas perdana menteri itu tidak hadir pada prosiding kes hari ini dan mengarahkan Najib hadir ke mahkamah pada pukul 2.30 petang.

Terdahulu, peguam Najib, Rahmat Hazlan memberitahu hakim Mahkamah TinggiLawrence Sequerah bahawa anak guamnya, bersama-sama dengan 114 ahli Parlimen Barisan Nasional dijadualkan bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk menyuarakan sokongan kepada Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob untuk jawatan perdana menteri.

“Kami tidak pasti pukul berapa anak guam saya dijadualkan menghadap Agong, tetapi beliau bertolak dari Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada pukul 10.30 pagi. Saya diberitahu bahawa beliau kini sedang dalam mesyuarat di sana dan akan dipanggil menghadap pada bila-bila masa kerana sesi temuduga itu berlangsung seorang demi seorang,” kata Rahmat.

Setelah mendengar penjelasan itu, hakim Sequerah yang kelihatan agak marah apabila mendapat tahu mengenai ketidakhadiran Najib menegaskan agar perbicaraan kes itu tetap diteruskan.

“Beliau (Najib) sepatutnya hadir ke sini terlebih dahulu. Mengikut laporan berita yang saya baca, pertemuan dengan Agong itu akan  berlangsung secara berperingkat-peringkat,”

“Prosiding sedang berjalan. Saya akan kembali dalam tempoh 10 minit dan saya ingin tahu secara tepat pukul berapa beliau akan menghadap Agong. Setelah selesai, beliau perlu kembali ke sini agar prosiding dapat diteruskan. Saya mungkin tidak akan berhenti (perbicaraan) pada pukul 4 petang hari ini, ” kata hakim Sequerah.

Setelah berehat seketika, Rahmat sekali lagi memberitahu mahkamah bahawa beliau akan mengemas kini mengenai keberadaan Najib setelah memperoleh maklumat terkini daripada pegawai-pegawai bekas perdana menteri itu.

Sebagai respons kepada perkara itu, hakim Sequerah menegur bahawa Najib perlu memberikan komitmen hadir pada waktu tertentu kerana prosiding perlu diteruskan pada pukul 2.30 petang.

“Tolong beritahu saya kerana saya tetap akan meneruskan perbicaraan, tidak kira apa yang terjadi. Maka bersedia untuk perbicaraan yang panjang, kerana kita telah membazikan banyak (masa).

“Kita semua mempunyai tugas untuk dilaksanakan, jika Agong titah beliau untuk mengadap, dan beliau perlu berada di sana, namun daripada apa yang saya fahami, beliau tidak perlu berada di sana sepanjang hari. Saya memerlukan penjelasan pukul berapa beliau dapat hadir, tempoh beliau perlu berada di sana (di Istana) dan  ditemu memberikan pandangannya kepada baginda dan kembali ke sini (untuk perbicaraan),” kata hakim.


AGENDA MASIH

NAK LARI DARI

SUNGAI BULUH

AMIN

APAKAH SABRI

AKAN BANTU

KHALAS





1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku ada satu lagi idea .. bentuk kerajaan baru

ahli parlimen yang dah menyampah dengan parti politik punya politik untuk keluar parti beramai2 bentuk satu pakatan baru .. pakatan bebas..

kemudian jadi king maker .. kah kah kah

saja cadang walau tengkorak2 hidup ni tak akan buat punya.. masing2 ada ku3h pow..

kah kah kah...