Isnin, 2 Ogos 2021

PARLIMEN DI LARANG


 

BANYAK KALI

GUA UDAH BILANG 

AMIN

KALAU 

PILIHAN RAYA

BOLEH UBAH

 APA APA

PILIHAN RAYA AKAN DIHARAMKAN

AMIN

TAK CAYA LIHAT

MYANMAR

AMIN

TAK CAYA LIHAT

CATALAN

KHALAS



Polis sekat wakil rakyat pembangkang ke Parlimen


BEBERAPA ahli Parlimen pembangkang disekat oleh polis daripada memasuki bangunan Parlimen dan diugut akan ditahan di sekatan jalan raya yang dibuat pagi ini, selepas mesyuarat khas Dewan Rakyat ditangguhkan susulan jangkitan Covid-19 di situ minggu lalu.

Polis membuat sekatan jalan raya bermula di Jalan Parlimen berdekatan dengan bangunan ibu pejabat Bank Rakyat.

Antara yang diberi amaran supaya berundur ialah Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer dan Ahli Parlimen Kuching Dr Kelvin Yii.

Hari ini sepatutnya hari terakhir sidang khas lima hari Dewan Rakyat yang dipanggil oleh kerajaan ketika perisytiharan darurat berkuat kuasa, yang kebetulan tamat semalam.

Mereka kemudian diketuai ketua pembangkang Anwar Ibrahim berhimpun di Dataran Merdeka dan dijangka akan berarak ke bangunan Parlimen.

Ahli Parlimen pembangkang mendesak kerajaan Perikatan Nasional memberi penjelasan berkenaan pembatalan ordinan darurat yang diumumkan minggu lalu yang bagaimanapun belum mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Keengganan kerajaan memberi penjelasan itu mencetuskan kekecohan di Dewan Rakyat.

Pada Sabtu, Setiausaha Parlimen Nizam Mydin Bacha Mydin memaklumkan kepada ahli Parlimen bahawa sidang pada Isnin ditangguhkan “ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak” atas arahan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin kerana Parlimen dianggap kawasan berisiko jangkitan Covid-19.

Menjelang tengah malam tadi, ketua-ketua parti pembangkang membantah arahan Muhyiddin menangguhkan mesyuarat khas hari ini ketika jumlah kes positif melibatkan Parlimen hanya 0.9% setakat 29 Julai.

“Tindakan penangguhan ini langsung tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan, proses demokrasi berparlimen dan terus membelakangi kenyataan media Istana Negara,” kata mereka dalam satu kenyataan bersama.

Mereka mendesak Muhyiddin dan Jemaah Menteri segera letak jawatan secara terhormat.

Kenyataan dikeluarkan oleh tiga ketua parti dalam Pakatan Harapan iaitu Anwar Ibrahim (PKR), Mohamad Sabu (Amanah) dan Lim Guan Eng (DAP), bersama Presiden UPKO Wilfred Madius Tangau, presiden penaja Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, ahli Parlimen dari Parti Sarawak Bersatu Baru Bian dan ahli Parlimen bebas Dr Maszlee Malik.

Mereka mewakili keseluruhan 93 ahli Parlimen, kecuali 4 dari Pejuang dan 8 dari Warisan. – 2 Ogos, 2021.

PADANG BOLA

MUNKEE  PUNYA

AMIN

MUNKEE AJAK LU

MAIN BOLA

KAH KAH KAH

MUNKEE KONTROL

PADANG

KAH KAH KAH

MUNKEE KONTROL

TIANG GOL

KAH KAH KAH

MUNKEE KONTROL

PENGADIL

KAH KAH KAH

MUNGKEE KONTROL

MASA MAIN

KAH KAH KAH

KENAPA TAK

AJAK  MUNKEE

MAIN GULI

DI JALAN RAYA

KHALAS



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pergi mampus dengan kerajaan! go to hell with the government! ptuih!