Selasa, 24 Ogos 2021

RAMAI TAK FAHAM

 

RAMAI TAK FAHAM

INI BUKAN

KERAJAAN 

PERPADUAN

AMIN

INI KERAJAAN

SYARATTON

KHALAS



Bukan kerajaan perpaduan, kata Ismail Sabri

TIADA ahli Parlimen pembangkang akan dilantik sebagai menteri dalam Kabinet, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, kerana pentadbiran yang sedang disusun bukan sebuah kerajaan perpaduan.

Pemimpin pembangkang sebaliknya dipelawa untuk menyertai jawatankuasa kerajaan bagi menangani isu-isu berkaitan Covid-19 dan pemulihan ekonomi, katanya.

“Kabinet tidak ada (pembangkang), tidak ada kerajaan perpaduan yang melibatkan pembangkang dalam kabinet,” katanya kepada pemberita di Yan, Kedah.

Ismail Sabri ditanya mengenai keanggotaan jemaah menterinya dan penjelasan mengenai pelawaannya kepada pemimpin pembangkang, yang disebutnya dalam ucapan pertama sebagai perdana menteri semalam.

“Kerjasama itu bukan semestinya mereka berada dalam kabinet,” katanya, merujuk jawatankuasa khas menangani Covid-19 dan Majlis Pemulihan Negara.

“Sama-samalah kita duduk untuk menyelesaikan isu yang paling besar iaitu Covid-19 dan ekonomi pada masa ini,” tambahnya. 

Ismail Sabri sebelum itu meninjau beberapa tempat yang terjejas akibat insiden kepala air dari Gunung Jerai di Sungai Petani, Merbok dan Yan serta menerima taklimat daripada Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor.

Beliau ke Kedah selepas memulakan tugas rasmi perdana menteri di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, pagi tadi.

Dalam ucapannya semalam, Ismail Sabri mempelawa pembangkang menyertai jawatankuasa khas menangani Covid-19 dan Majlis Pemulihan Negara demi kesejahteraan rakyat.

Beliau menawarkan pelawaan itu sebagai usaha mencapai kestabilan politik melalui kerjasama termasuk dengan usaha rentas parti.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam reaksi awal semalam berkata pihaknya “sanggup mempertimbangkan tawaran” tersebut demi rakyat, asalkan ia bukan sekadar tangkap muat atau jadi pak turut kerajaan.

Ismail Sabri berterima kasih atas maklum balas positif daripada pembangkang dan bersedia berbincang mengenai peranan mereka dalam kerjasama yang beliau tawarkan.

“InsyaAllah, saya akan berjumpa dengan mereka untuk berbincang (peranan mereka),” katanya. – 23 Ogos, 2021.

MALIKUL LANTIK

PELAWAK

DENGAN SYARAT

KAH KAH KAH

SYARAT APA

KAH KAH KAH

LU NAK TAHU

LU TANYA

MALIKUL

AMIN



Tiada ulasan: