Ahad, 26 September 2021

AL-FATIHAH - SANAK SAUDARA KITA YANG TEWAS

 



AL -FATIHAH

SANAK SAUDARA

KITA YANG TEWAS

AMIN


Kematian Covid-19 Malaysia lepasi 25,000 

COVID-19 meragut 25,159 nyawa di Malaysia antara 17 Mac dan semalam.

Angka kematian itu melepasi 25,000 setakat tengah malam selepas Kementerian Kesihatan merekodkan 228 kes kematian baharu Covid-19.

Menurut data Git.hub kementerian, 36 kematian berlaku semalam yang mana lapan daripadanya adalah kematian luar hospital.

Kementerian memperoleh angka harian dari jumlah kematian yang dilaporkan pada hari berikutnya, termasuk kes tunggakan yang baru disahkan oleh pihak kesihatan setelah melengkapkan penyelidikan klinikal mereka.

Selangor merekodkan sedikit peningkatan jumlah kematian hariannya kepada 75 orang daripada 65 orang pada hari sebelumnya. Tujuh daripada 75 kes kematian berlaku semalam manakala satu kes disahkan sebagai kematian luar hospital.

Negeri lain yang turut merekodkan kes kematian baharu adalah Johor (56), Pahang (3), Perak (14), Kelantan (18), Pulau Pinang (8), Sabah (19), Perak (6), Kuala Lumpur (3), Sarawak (9), Kedah (15), Melaka (4) dan Terengganu (4).

Bagaimanapun tiada kes kematian direkodkan di Negeri Sembilan, Perlis, Labuan dan Putrajaya.

Selain satu kes yang direkodkan di Selangor, Johor (3), Kedah (5), Kelantan (6), Melaka (1), Pahang (1), Perak (6), Pulau Pinang (1), Sabah (4), Terengganu (1) dan Kuala Lumpur (1)  merupakan negeri lain yang merekodkan kes kematian sebenar semalam.

Purata kes kematian seluruh negara adalah 5.8 bagi setiap[ 100,000 penduduk dengan Pulau Pinang merekodkan purata tertinggi iaitu 14.7 kematian bagi setiap 100,000 penduduk.

Purata tujuh hari bagi kematian sebenar adalah 89 kes.

Sementara itu, 13,899 kes jangkitan baharu Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah kumulatif kepada 2,185,131.

Menurut laman web CovidNow, terdapat 191,434 kes aktif dengan 161,889 atau 84.6% pesakit menjalani kuarantin rumah, 18,589 (9.7%) di pusat kuarantin berisiko rendah dan 9,886 (5.2%) di hospital.

Daripada jumlah pesakit yang dimasukkan ke hospital, 1,070 dirawat di unit rawatan rapi, yang mana 598 memerlukan alat bantuan pernafasan. – 26 September, 2021.







Tiada ulasan: