BACA & IKUTI
NASEHAT CIKMINAH
AMIN
cikminah commented on
"BERKHALWAT
HARI KE 545"
Selagi masih ada nombor, selagi tulah kita tak selamat, jadi ikutlah SOP Nabi Noh...👇 Nabi Nuh AS melepaskan seekor burung merpati untuk mengetahui sama ada air sudah surut sepenuhnya. Oleh sebab air masih meliputi seluruh muka bumi, burung merpati itu tidak mendapat tempat untuk hinggap. Burung merpati itu kembali ke bahtera. Nabi Nuh menunggu selama tujuh hari, kemudian melepaskan burung itu semula. Pada petang hari, burung itu kembali kepada Nuh sambil membawa sehelai daun zaitun yang segar pada paruhnya.
Dengan itu Nuh mengetahui bahawa air sudah surut. Dia menunggu selama tujuh hari lagi, lalu melepaskan merpati itu sekali lagi, kali ini merpati itu tidak kembali. Nabi Nuh mengetahui segala yg ada di dalam bahteranya selamat untuk mendarat. PENGAJARAN YANG DIPEROLEHI: Jangan tergesa-gesa keluar beramai-ramai ke sana ke sini walau pun untuk balik kampung kerana di luar sana masih merbahaya. Mari kita ikut contoh Nabi Nuh A.S, mematuhi SOP seberapa ketika di dalam "Bahtera" kita sehingga yakin semuanya selamat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan