KHALWAT KE 540
RABU 8/9/2021
KITA MASUK KE HARI 540
BERKHALWAT
KITA MASUK KE HARI 540
BERKHALWAT
PKP 4.0
ANGKA MASIH TINGGI
YANG MENINGGAL JUGA TINGGI
MAKLUMAT
MEMERANJATKAN
YANG DAH KENA
DUA DOS VAKSIN
JUGA DISERANG
APA DAH JADI ?
POLITIK
MASIH BELUM MENENTU
AMIN
PAGI INI HOKKIEN KELAM
BERKABUS
MATAHARI NAMPAK
TAPI TAK BERJAYA
MENERBUS AWAN KELABU
YANG TEBAL
LANGIT JUGA KELABU
DENGAN BERKEPING KEPING
AWAN PUTIH
MUNGKIN HARI INI PANAS
CENGKERIK BERSIMPONI
TERKUKUR BERLAGU
SAEKOR KENG TERBANG MELINTAS
KENG KENG KENG
BERJALAN PULANG
GUA TERNAMPAK
SAEKOR BURUNG HIJAU MELINTAS
DIA BERHENTI TEPI JALAN
GUA AMATI
AH! INI BUDGIE
BURUNG ASLI AUSTRALIA
SAYANG SEKALI DIA
BERSENDIRIAN
GUA ADA TEORI
BAGAIMANA BUDGIE INI
SAMPAI KE HOKKIEN
TEORI:
DI BRICKFEILD ADA KUIL BUDDHA
DAN SETIAP TAHUN
PADA SAMBUTAN HARI KELAHIRAN
GAUTAMA BUDDHA
PENGANUT YANG BERNAZAR
AKAN MELEPASKAN BURUNG
SEBAGAI TANDA KEBEBASAAN
BURUNG YANG BEBAS
MENJADI WARGA TEMPATAN
DAN
MASUK KE HOKKIEN
INI TEORI GUA
GUA RASA AMAT GEMBIRA
PAGI INI BERTEMU
DENGAN SAEKOR BUDGIE HIJAU
AMIN
BRO
SENYUMLAH
MACAM GUA TERSENYUM
MELIHAT SAEKOR BUDGIE
PAGI INI
KEBAHAGIAN INI
BUKAN UNTUK
MEMILIKI APA YANG DI BERAHIKAN
TAPI GEMBIRA MERAYAKAN
APA YANG KITA ADA
ADA TIGA PEKARA
YANG AMAT PELIK
PERTAMA: ANGIN DENGAN BURUNG
KEDUA: AIR DENGAN IKAN
KETIGA: MANUSIA DENGAN DIRINYA
BILA GAJAH DAH ADA MASALAH
KATAK PUN BERANI MENENDANG
KITA YANG MEMBERI
MEMILKI SEMUA
SOSOK YANG KEDEKUT
TIDAK MEMILIKI APA APA
PENCURI
BERFIKIR
SEMUA ORANG MENCURI
BRO
KALAU LU DUDUK
TEPI SUNGAI
LU WAJIB BUAT BAIK
DENGAN BUAYA
MEMAGUT MACAM AYAM
BERMEDITASI MACAM ANGSA
MENGUNYAH MACAM KAMBING
MANDI MACAM GAJAH
BRO
JANGAN BERDENDAM
BIARKAN
PUSINGAN
AKAN SAMPAI
KEMATIAN DAN KELAHIRAN
TIDAK AKAN MENGHAPUSKAN
KERJA BAIK YANG TELAH DILAKUKAN
BRO
APA YANG KITA SEMAI
APA YANG KITA TANAM
APA YANG KITA BAJA
ITULAH YANG KITA TUAI
BILA KITA MEMBERI
TANPA MEMINTA BALASAN
KITA TIDAK AKAN KECEWA
SANTUNI
SOSOK YANG BAIK
AMAT SUSAH NAK DI TEMUI
SEKARANG
BILA DALAMAN KITA
BERUBAH
MAKA
LUARAN KITA JUGA
TURUT BERUBAH
BRO
JIKA ADA KETIKA
SATU PEKARA JADI GAGAL
BERSYUKUR
KERANA BANYAK PEKARA
YANG TELAH DIJAYAKAN
BRO
JANGAN SIBUK
MENCARI ORANG YANG JUJUR
JADIKAN DIRI SENDIRI
SOSOK YANG JUJUR
BRO
BILA LU MESRA BERKAWAN
SEORANG DIRI
LU TAK AKAN MERASA
SUNYI
BILA KITA TAK ADA
KEBERAHIAN
KITA AKAN TENTERAM
AMIN
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERKHALWAT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan