Isnin, 6 September 2021

PEMIMPIN ISLAM DI FITNAH

 


SEMUA TUDUHAN

PALSU

AMIN

PEMIMPIN ISLAM

INI DIZALIMI

AMIN

MUSTAHIL SOSOK

YANG JUJUR 

BEKERJA SEBAGAI

HEAD WAITER

DI SHAH MOTEL

DITUDUH MEMILIKI

BERJUTA JUTA

RINGGIT

AMIN

SOSOK JUJUR

BERHEMAH

BAIK SOPAN

KERANA ITU

BIK MAMA LANTIK

JAGA TABUNG HAJI

SEMUA INI FITNAH

AMIN



Tuduhan rasuah terhadap Azeez cacat, tak berasas, kata peguam


PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan diberitahu, tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berjumlah RM144.5 juta terhadap Ahli Parlimen Baling, Abdul Azeez Abdul Rahim patut dibatalkan kerana cacat dan tidak berasas.

Peguam Amer Hamzah Arshad turut berkata, tuduhan terhadap anak guamnya itu bersifat mala fide (berniat jahat).

“Tertuduh tidak akan mendapat perbicaraan adil seperti diperuntukkan mengikut Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan. Tuduhan terhadapnya mesti amat jelas supaya dia dapat menyiapkan pembelaan sewajarnya,” hujahnya di depan panel tiga hakim diketuai Kamaludin Md Said.

Kamaludin bersidang bersama Abu Bakar Jais dan Che Mohd Ruzima Ghazali.

Amer berkata, tuduhan melibatkan perbuatan rasuah itu terlalu am apabila didakwa berlaku di Lembah Klang, manakala Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam laporan berkata, wang diterima adalah pembayaran imbuhan yang sahih.

Azeez yang juga bekas pengerusi Tabung Haji, didakwa atas tiga tuduhan rasuah berjumlah RM5.2 juta dan 10 tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM139.3 juta.

Dia dituduh menerima RM5.2 juta daripada Mohammad Redzuan Mohanan Abdullah, pengarah Syarikat Menuju Asas Sdn Bhd, di Lembah Klang, antara Disember 2010 hingga April 2018.

Dia turut dituduh menerima RM139.3 juta daripada empat syarikat – Menuju Asas Sdn Bhd, Mangkubumi Sdn Bhd, Pintas Utama Sdn Bhd dan AVP Engineering Sdn Bhd.

Amer berkata, sembilan daripada 10 tuduhan pengubahan wang haram itu tidak membutirkan sumber hasil yang didakwa tidak sah itu.

“Ini jelas tidak mematuhi undang-undang,” katanya.

Amer berkata, tuduhan rasuah berkenaan cacat, namun Mahkamah Tinggi dalam keputusannya mendapati ia boleh dibenarkan mengikut undang-undang.

Kamaludin kemudian bertanya sama ada pendakwaan patut dibenarkan membuktikan kes prima facie dan hakim perbicaraan seterusnya membuat keputusan pada hujung kes pendakwaan.

Katanya, sukar untuk pendakwaan jika tidak dapat membuktikan kes mereka, “tetapi membenarkan rayuan kamu juga akan menetapkan contoh duluan berbahaya”.

Amer berkata, hanya tujuh saksi rasmi telah dipanggil, namun tidak membantu pendakwaan membuktikan intipati tuduhan.

Disoal kenapa pihak pembelaan tidak membangkitkan semua isu itu ketika perbicaraan, Amer berkata, beliau hanya mengambil kes itu selepas saksi memberi keterangan, seterusnya memfailkan permohonan membatalkan tuduhan.

Mahkamah kemudian mengarahkan Timbalan Pendakwa Raya, Aslinda Ahad memberikan hujahan bertulis bagi menjawab isu dibangkitkan Amer.

“Amer membangkitkan isu yang bernas. Kami perlu memberikan penghakiman bertulis kerana keputusan ini akan mengikat mahkamah lebih rendah,” katanya.

Pihak-pihak diarah menyerahkan hujahan mereka sebelum 20 Sept.

Pada 12 Mac lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Muhammad Jamil Hussin menolak permohonan Azeez untuk membatalkan tuduhan terhadapnya atas alasan ia tidak cacat.

Selain itu, katanya, SPRM menyiasat Azeez secara menyeluruh dan tiada mala fide berlaku.

Beliau berkata, peguam negara mempunyai budi bicara untuk memulakan tindakan jenayah terhadap seseorang individu mengikut undang-undang dirasakan wajar.


WALAU PUN

PEMIMPIN ISLAM

INI PERNAH

MENJUAL KERETA

MASIH MUSTAHIL

 DUIT KERETA

BERJUTA JUTA

AMIN

 INI SEMUA FITNAH

AMIN

ADA GENG 

YANG CEMBURU

KERANA DI RUMAH

DIA PANDAI 

BAHASA TAMIL

AMIN 

ADA KEEELING 

CEMBURU PADA  

PEMIMPN ISLAM INI

KHALAS




1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tak apa bro..yang penting Pak Shaykh tak jadi PM dah...
Hidup ini kena ada tujuan bro...kalau bangun pagi Pak Shaykh jadi PM lagi teruk Malaysia..
Sekarang ada kestabilan..rakyat mati sebab kobid..semua orang mati..
Yang penting Pak Shaykh tak jadi PM..