Isnin, 20 September 2021

SESAMA KITA BANTU KITA

 


KEMURUNGAN

AKIBAT KOBID

AMIN

BUKAN KITA 

SAHAJA

AMIN

BANYAK  WARGA

DI NEGARA LAIN

JUGA MERASA

TEKANAN SAMA

AMIN 



411 cubaan bunuh diri sejak PKP 1.0, kata kementerian


TERDAPAT 411 cubaan bunuh diri dilaporkan antara Mac 2020 dan Ogos 2021, kata Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

“Jumlah kes cubaan bunuh diri yang diperolehi dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) bermula dari Mac sehingga Disember 2020 ialah 190 dan dari Januari 2021 sehingga Ogos 2021 ialah 221,” kata kementerian itu dalam jawapan bertulis kepada Dewan Rakyat hari ini.

“KPWKM melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengendalikan sejumlah 1,578 kes keganasan rumah tangga di seluruh negara sejak Mac 2020 sehingga kini yang melibatkan 1,432 perempuan dan 146 lelaki.” 

Kerajaan menjawab soalan Su Keong Siong (PH-Kampar) mengenai jumlah dan statistik kes-kes bunuh diri dan keganasan rumah tangga semenjak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac 2020.

Kementerian itu turut berkata pihaknya telah mengadakan khidmat aduan Talian Kasih di 15999 dan melalui aplikasi WhatsApp di 019-2615999 yang beroperasi 24 jam sehari.

“Terdapat juga Khidmat Sokongan Psikologi Atas Talian bagi membantu masyarakat yang terkesan akibat penularan wabak Covid-19 serta PKP.

“Talian khas ini melibatkan seramai 250 orang sukarelawan kaunselor berdaftar di bawah Lembaga Kaunselor Malaysia,” tambahnya.

KPWKM juga berkata ia telah menyediakan bakul makanan kepada rakyat yang terkesan selain program khidmat bantu di rumah kepada warga emas. – 20 September, 2021.

KITA WARGA BIASA

HANYA BOLEH

TUNJUK SIMPATI

AMIN

BOLEH BANTU

APA YANG MAMPU

AMIN

TUGAS UTAMA

PADA PAKAR

AMIN

TAPI KITA 

SESAMA KITA

WAJIB MEMILIKI

PERANGAI  BAIK

AMIN

SANTUNI SEMUA

TAK KIRA SIAPA

AMIN

 KITA

TAK TAHU BEBAN

DAN PERTEMPURAN

APA YANG SEDANG

SOSOK ITU HADAPI

KHALAS



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Cerita sensasi Kote Sajat akan meriangkan seluruh warga rakyat negara, cerita terjumpanya Kote Sajat Dan kepakaran Polis telah membeliak mata orang ramai, begitu cekap begitu pantas Kote Sajat dijumpai, syabas tahniah wahai pasukan budiman yang terbaik kah kab kah terkentut pun ada bau petai lah kah kah kah teramat terbaik Cemerlang gemilang kerana Kote Sajat menjadi harapan seluruh rakyat negara kah kah