Selasa, 21 September 2021

YA AMPOON - ANAK RAJA GUA MUSANG

 

YA AMPOON

ANAK RAJA

GUA MUSANG

KAH KAH KAH

INI CADANGAN

LAST KOPEK

KAH KAH KAH


Umno asal masih parti yang sah, kata Ku Li

AHLI Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berkata Umno asal yang ditubuhkan pada tahun 1946 masih merupakan parti yang sah dan beliau berminat untuk menghidupkannya semula.

Bercakap di Dewan Rakyat, Tengku Razaleigh mencabar semula keputusan Mahkamah Tinggi pada 1988 yang memutuskan Umno lama sebagai parti yang tidak sah.

Beliau berkata apa yang berlaku selepas itu munculnya Umno baharu menjadi titik hitam sejarah parti kerana ia mengubah matlamat parti kepada politik yang gila kuasa dan mengejar kekayaaan.

“Parti yang kononnya dikenali sebagai Umno baru ini tidak mempunyai visi persejarahan. Ia juga tiada akar umbi di kampung-kampung mahu pun di bandar. Sesungguhnya ia bukanlah suatu pergerakan, jauh sekali sebuah parti politik. Ia hanya merupakan suatu badan yang dibebankan ke atas ahlinya.

“Umno baru menjadi parti kepada suatu golongan politik baru yang menyalahgunakannya untuk memperkaya diri. Ia mula bersifat seolah-olah seperti perusahaan komersial. Ini merosakkan jiwa kemelayuan. Perangai tamak haloba mengatasi segala-galanya.

“Di samping itu prinsip akhlak hancur berkecai begitu juga halnya dengan mutu kelakuan mereka yang cuba meraih jawatan awam dan kuasa politik. Kehancuran ini amat terasa di bidang dasar ekonomi berkaitan dengan penswastaan harta awam, iaitu aset nasional untuk faedah rakyat jelata,” katanya ketika membahaskan usul titah diraja.

Justeru itu katanya beliau bertanggungjawab membetulkan ketidakadilan sejarah dan menebus kembali hak politik, undang-undang dan keperlembagaan Umno asal.  

“Sebenarnya ia adalah rampasan kuasa melalui sistem undang-undang dan institusi kita yang lemah. Kita perlu menukar keadaan ini demi memastikan ia tidak berulang lagi. Sesungguhnya ia merupakan suatu perangkap terhadap parti politik.

“Saya tidak sekali-kali berhenti dan meninggalkan Umno asal. Saya pernah bertanding jawatan presiden pada 1987. Maka itu saya berhak mengaku diri saya sebagai wakil keperluan atau agent of necessity untuk Umno yang ditubuh pada 1946 dan juga wakil terkanannya di Dewan Rakyat.

“Saya ini sebahagian asal daripada parti Umno di Parlimen dengan tujuan mengembalikan hak undang-undang dan keperlembagaan Umno dan membuat apa jua yang patut bagi mengembalikan kedudukannya di bidang politik nasional dan di dalam kepentingan nasional,” katanya.

Pada 4 Februari 1988, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan Umno sebagai pertubuhan haram. Ia berpunca daripada tindakan sekumpulan ahli Umno atau lebih dikenali Kumpulan 11 memihak kepada Tengku Razaleigh Hamzah untuk mengambil tindakan undang-undang bagi mencabar keputusan pemilihan parti yang berlangsung pada 24 April, 1987.

Isu cawangan hantu atau cawangan yang tidak berdaftar telah dibangkitkan pada perbicaraan menyebabkan keseluruhan Umno diharamkan dan didaftarkan semula pada Februari 1988. – 21 September, 2021.

HARI HARI

AKHIR PENDEKAR

GUA MUSANG

AMIN

WALAU APA PUN

KU LI TERUS

JADI CALON TETAP

PERDANA MENTERI

KHALAS




Tiada ulasan: