Khamis, 21 Oktober 2021

BERKORBAN UNTUK NEGARA

 





AL-FATIHAH


Anggota bomba lemas ketika operasi selamat mangsa banjir meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Anggota bomba yang lemas ketika operasi menyelamatkan mangsa banjir di Sungai Putat Melaka semalam meninggal dunia jam 3.11 pagi tadi.

PBK II (KUP) Mohd Diya Che Jusoh, 46, menghembuskan nafas terakhir di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Melaka.

Berita sedih itu dimaklumkan oleh Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka, Abu Bakar Katain dalam satu kenyataan hari ini.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid An- Nur Krubong, Melaka.

Dalam kejadian tersebut, Mohd Diya dipercayai sedang memasang tali di kawasan banjir bagi membantu penduduk kampung keluar dari kediaman masing-masing.

Mangsa dipercayai rebah secara tiba-tiba ke dalam air banjir berarus deras separas dada orang dewasa, namun disedari anggota bomba lain yang turut berada di situ.

Pasukan bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk membantu mangsa daripada dihanyutkan air deras dalam kejadian jam 5.30 petang.


Tiada ulasan: