Ahad, 17 Oktober 2021

FAHAMI BERITA INI

 



Kerajaan tidak ganggu siasatan Kertas Pandora – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam pendedahan Kertas Pandora.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob ketika memberikan jaminan itu berkata kerajaan tidak akan menyekat tindakan pihak berkuasa sekiranya mempunyai bukti kukuh.

“Dalam negara, kita terbuka kalau didapati ada kes terhadap sesiapa sahaja pun, pihak berkuasa boleh mengambil tindakan, kita terbuka dan serah pada pihak berkuasa.

“Pihak berkuasa, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia baca semua laporan, berita yang dikeluarkan, terserah pada mereka, kita tidak menyekat,” katanya pada sidang media selepas meninjau Perumahan Awam Seri Perak di sini hari ini.

Isnin lepas, Dewan Rakyat kekal dengan keputusan menolak usul untuk membahaskan pendedahan Kertas Pandora yang didakwa membabitkan fail kewangan sulit beberapa tokoh terkemuka negara.


KENAPA PERLU

KENYATAAN INI

AMIN

SEPATUTNYA

TAK PERLU 

LANGSUNG

AMIN

INI MAKNANYA

DULU DULU

KERJANAN ADA

CAMPUR TANGAN

DALAM SIASATAN

HUKUM HAKAM

AMIN

KALAU TIDAK

 KENAPA

KENYATAAN INI

PERLU KELUAR

KHALAS

Tiada ulasan: