Masyarakat perlu berfikir lebih logik isu arak 'Timah', kata Azalina
AHLI Parlimen Pengerang Azalina Othman Said berkata masyarakat perlu dididik supaya berfikiran lebih logik susulan kontroversi minuman beralkohol tempatan jenama ‘Timah’.
“Daripada dulu, kecil-kecil kita makan hotdog, coney dog, jadi macam mana? Anak saya suka makan hotdog, takkan saya kata tak boleh makan…jadi saya rasa ini penting, kita kena didik masyarakat kita memikirkan secara lebih logik,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mencelah giliran Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Rosol Wahid pada sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perihal Dagangan (Pindaan) 2021 di Dewan Rakyat hari ini.
Rosol berkata sememangnya terdapat keperluan untuk melahirkan masyarakat yang matang, berhemah dan bertanggungjawab supaya tidak mengambil kesempatan atas apa sahaja isu untuk kepentingan dan keuntungan sesetengah pihak.
“Kita tidak mahu ia (isu salah tafsir nama produk) menjadi satu precedent (duluan) ...lepas ini (mungkin) berlaku pula (isu) root beer. Ini tidak akan ada kesudahan,” katanya.
Sementara itu, persidangan Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Perihal Dagangan (Pindaan) 2021 yang bertujuan meminda Akta Perihal Dagangan 2011 (Akta 730) untuk menyusun semula dan memantapkan fungsinya supaya lebih komprehensif selari dengan peredaran masa.
Akta 730 digubal antaranya untuk mengadakan peruntukan bagi menggalakkan amalan perdagangan yang baik dengan melarang perihal palsu, pernyataan, pengendalian dan amalan palsu atau mengelirukan berhubungan dengan pembekalan barang-barang dan perkhidmatan. – Bernama, 28 Oktober, 2021.
TOK GURU
DARI KATA HINDU
AMIN
NERAKA
KONSEP HINDU
AMIN
BIDADDARI
KONSEP HINDU
AMIN
SYURGA
KONSEP HINDU
AMIN
AGAMA PUN
KONSEP HINDU
KAH KAH KAH
LU NAK
CAKAP APA
KAH KAH KAH
- Āgama (Buddhism), a collection of Early Buddhist texts
- Āgama (Hinduism), scriptures of several Hindu sects
- Jain literature (Jain Āgamas, various canonical scriptures in Jainism
AGAMA = CICAK
KAH KAH KAH
Agama is a genus of small-to-moderate-sized, long-tailed, insectivorous Old World lizards. The genus Agama includes at least 37 species in Africa, especially sub-Saharan Africa, where most regions are home to at least one species. Eurasian agamids are largely assigned to genus Laudakia
Agama ialah genus cicak Dunia Lama bersaiz kecil hingga sederhana, berekor panjang dan pemakan serangga. Genus Agama termasuk sekurang-kurangnya 37 spesies di Afrika, terutamanya sub-Sahara Afrika, di mana kebanyakan wilayah adalah rumah kepada sekurang-kurangnya satu spesies. Agamid Eurasia sebahagian besarnya ditugaskan kepada genus Laudakia
1 ulasan:
Hisham, dulu sudah terbalik ke? Dulu gwa anggap orang UMNO tak cerdik. Tapi sekarang gwa bagi "like" sama Mr AOS. Dia jauh lebih logik, lebih rasional daripada ahli Parlimen PKR yang menang kurang cerdik. Kalau terus cakap terang dan rasional, penting hal-ehwal rakyat, gwa akan undi UMNO, buang PKR!
Catat Ulasan