Sabtu, 23 Oktober 2021

SYABAS PAKATAN HARAPAN

 


Siasat skandal era BN yang Muhyiddin hidupkan, gesa Pakatan kepada SPRM

AGENSI antirasuah mesti menyiasat keputusan kerajaan Perikatan Nasional menghidupkan semula projek Trans Sabah Gas Pipeline (TSGP), yang dibatalkan oleh pentadbiran Pakatan Harapan (PH), kata Majlis Presiden PH.

Satu lagi projek yang dibatalkan iaitu Multi Product Pipeline (MPP) sedang diteliti semula dengan syarikat pemaju China Petroleum Pipeline Bureau (CPPB).

Majlis Presiden PH berkata ia “amat terkejut” dengan keputusan kerajaan menghidupkan semula projek berkenaan, seperti dimaklumkan oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz kepada Dewan Rakyat, baru-baru ini.

“Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) wajib menyiasat sepenuhnya mengapa projek TSGP dan MPP yang telah gagal ini dimulakan semula pada 10 Februari 2021 oleh Perikatan Nasional di bawah pimpinan mantan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin,” kata Majlis Presiden PH dalam satu kenyataan.

Tengku Zafrul mendedahkan status dua projek yang dibatalkan itu dalam jawapan bertulisnya kepada soalan Ahli Parlimen Chan Foong Hin (Kota Kinabalu-PH).

Dua projek itu – yang dilabel sebagai “fail merah” – dibatalkan kerana terma perjanjian dengan syarikat pemaju dari China yang merugikan negara. Perjanjian itu dibuat semasa pentadbiran Najib Razak.

Melalui perjanjian berat sebelah itu, kerajaan Malaysia membayar hampir penuh kepada syarikat pemaju China mengikut perjanjian masa dan bukan kemajuan projek seperti amalan lazim.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada masa itu mendedahkan Malaysia membayar 88% daripada nilai kontrak sedang hanya 13% kerja yang sudah siap.

Semalam, Lim menegaskan dua projek ini satu lagi skandal kewangan pentadbiran Najib yang tidak masuk akal kerana Malaysia membayar RM8.3 bilion daripada RM9.4 bilion nilai projek walaupun kemajuan kerja yang belum diaudit hanya 13%.

Beliau menggesa Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berterus terang mengenainya dan menyelamatkan kepentingan negara.

“Kegagalan untuk melakukannya akan menunjukkan bahawa Ismail Sabri tidak berbeza dengan pendahulunya dalam menutup mata dan bahkan berusaha untuk menutup jenayah kewangan tersebut,” kata Lim.

Projek TSGP sepanjang 662km ditetapkan dari Terminal Gas Kimanis ke Sandakan dan Tawau.  Sementara itu, projek MPP sepanjang 600km akan menghubungkan pelbagai projek petrokimia di Melaka dan Port Dickson, Negeri Sembilan ke Jitra, Kedah.

Ia melibatkan anak syarikat Kementerian Kewangan, Suria Strategic Energy Resources Sdn Bhd (SSER), yang ditubuhkan khusus untuk menjalankan dua projek berkenaan.

Kontraknya pula dirunding oleh Jabatan Perdana Menteri tanpa penglibatan Perbendaharaan dan tidak pula menghiraukan nasihat Jabatan Peguam Negara.

Sementara itu, Majlis Presiden PH juga mendesak SPRM melipatgandakan usaha menyiasat isu Pandora Papers, yang mendedahkan pemilikan akaun luar pesisir beberapa tokoh korporat dan politik.

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim sebelum ini gagal mengangkat isu sama untuk dibahaskan di Dewan Rakyat kerana ditolak oleh speaker. – 23 Oktober, 2021.




INI DASAR

TERBAIK DARI

PAKATAN

AMIN

PAKATAN MASIH

LAGI ADA SIKAP

PRO RAKYAT

AMIN

INI MASIH BELUM

CUKUP UNTUK

DISOKONG

AMIN

PAKATAN WAJIB

LIHAT SEMUA PROJEK

AMIN

TERUTAMA YANG

ADA SANGKUT

PAUT DENGAN

CHINA MERAH

 AMIN 

JADIKAN DASAR 

ANTI AGEN

CHIAN MERAH 

SEBAGAI KEMPEN 

DALAM PRU15 

KHALAS

Tiada ulasan: