Sabtu, 27 November 2021

ANWAR IBRAHIM KINI BEBAN PAKATAN

 




Tiba masa Pakatan bergerak ke depan, fikir pengganti Anwar, kata Loke

PAKATAN Harapan (PH) tidak boleh lagi terus menamakan Anwar Ibrahim sebagai satu-satunya calon perdana menteri bagi gabungan itu selepas kalah teruk pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka minggu lalu, kata Anthony Loke.

Tumpuan PH kini sebaliknya perlu lebih kepada agenda reformasi, bukan semata-mata tentang mencalonkan Anwar sebagai perdana menteri, menurut setiausaha organisasi kebangsaan DAP itu kepada The Malaysian Insight. 

“Dan PH perlu terbuka untuk menerima sekutu baharu, selagi mana parti itu bersedia menyokong agenda reformasi,” tambahnya.

Beliau juga berkata sudah tiba masanya kedudukan Anwar sebagai ketua pembangkang dan presiden PKR dikaji semula.

PH terdiri daripada PKR, DAP, Amanah dan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO).

Gabungan itu hanya menang lima daripada 28 kerusi DUN yang ditandingi dalam PRN Melaka, iaitu empat dari DAP dan Amanah satu kerusi. PKR tewas di semua 11 kerusi.

Barisan Nasional menang besar apabila menyapu 21 daripada 28 kerusi, sekali gus membolehkannya membentuk kerajaan negeri dengan majoriti dua pertiga, manakala Perikatan Nasional menang dua kerusi.

Loke seterusnya berkata PH perlu berhenti mengulangi pendirian bahawa tiada pemimpin lain yang berwibawa untuk menggantikan Anwar.

“Jika tidak, PH akan menemui jalan buntu. PH perlu meneroka hala tuju baharu.”

Bekas menteri pengangkutan itu berkata demikian pada forum bersama penganalisis politik Dr Wong Chin Huat dan Dr James Chin pada Khamis.

Loke bagaimanapun berkata pandangan itu bukanlah pendirian rasmi DAP tetapi hanya pendapat peribadi beliau.

“Perkara ini perlu diputuskan Anwar sendiri, dan saya berpendapat beliau perlu diberi masa untuk menimbang langkah seterusnya,” kata ahli Parlimen Seremban itu.

Gesaan supaya Anwar berundur mula timbul sejak keputusan PRN Melaka diumum Sabtu lalu. Adun Bilut Lee Chin Chen juga dari DAP, pada Isnin menyeru Anwar berundur sebagai ketua pembangkang dan menggesa PH meneroka hala tuju baharu secepat mungkin.

Mengulas gesaan itu, dua lagi pemimpin DAP memberitahu The Malaysian Insight isu tersebut masih belum dibincangkan parti.

“Perkara ini bukan sahaja dihadapi PH tetapi juga Barisan Nasional.

“Ramai pengikut kami beritahu mereka mahukan generasi lama digantikan dengan pemimpin muda kerana mereka sudah muak. Mereka mahu calon yang lebih muda memimpin negara.”

Sementara itu, seorang lagi pemimpin parti itu mengesahkan isu mengenai pengganti Anwar belum dibincangkan lagi.

“Bagaimanapun, kami terbuka dalam hal ini. PH perlu meneroka kemungkinan lain,” katanya. – 27 November, 2021.
 

DARI DULU LAGI

TUKAR TIUB

DAH SARANKAN

AMIN

ANWAR IBRAHIM

JADI BEBAN

PAKATAN RAKYAT

AMIN

MASANYA TELAH

SAMPAI UNTUK

SATU HALA TUJU

BARU 

AMIN


2 ulasan:

ToraTora berkata...

Woit.... Anthony ni budak siapa...dia tau ke tak hanya abam je boleh gerakkan agenda reformasi...tu semuanya datang dari idea abam. Kalau tanpa abam agenda reformasi tak jalan...kalau tak caya boleh tanya bangmat, tanya lge...nak faham lagi tanya budak-budak pkr

Yeop sepet berkata...

Kahkahkahkah nak kene kalah besor baru nak ngaku udah kene kencing ngan Anwar. Jgn undi le PH,Tak layak tadbir kerajaan.org pandai yg layak bukan yg bodo yg senang kene kencing ngan Anwar.