Sajat akan muncul dalam The Ellen Show Januari ini
USAHAWAN transeksual yang dikehendaki pihak berkuasa agama Malaysia, Muhammad Sajjad Kamarul Zaman atau dikenali sebagai Nur Sajat, berkata beliau akan muncul dalam program televisyen Amerika Syarikat (AS), The Ellen Show pada Januari nanti.
“Bulan satu (Januari) Sajat (akan) pergi AS untuk wawancara rancangan Ellen,” katanya dalam satu video yang dimuat naik di TikTok.
Tambahnya selepas itu pada Februari beliau akan ke Singapura, berkata jadualnya padat namun itu semua adalah sebahagian daripada kerjanya
The Ellen Show dihoskan oleh pengacara lesbian Ellen Degeneres.
Nur Sajat kini dapat suaka di Australia selepas melarikan diri dari Malaysia di mana beliau dikehendaki oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana gagal menghadiri perbicaraan mahkamah syariah atas dakwaan berpakaian perempuan.
Pada Oktober dalam satu wawancara beliau memberitahu New York Times pegawai agama Malaysia telah menbuat serangan seksual dan merabanya semasa ditahan mereka.
Sajat berkata beliau memutuskan untuk tinggalkan Malaysia kerana pihak berkuasa mendera dan memberi layanan yang tidak manusiawi.
Awal tahun ini beliau mencetuskan kontroversi apabila mengumumkan bahawa mahu murtad.
Walaupun begitu, Nur Sajat masih mempunyai pengikut setia yang ramai di media sosial.
Sebelum menerima suaka di Australia, pada September beliau ditangkap di Bangkok atas kesalahan imigresen, sebelum mendedahkan yang beliau sedang menunggu untuk ke Australia. – 24 November, 2021.
1 ulasan:
Kisah melancap nie masih teringat live dalam tv si atok menghina dsai meliwat sambil tangannya melancap butuh pasangannya.
Catat Ulasan