Rabu, 1 Disember 2021

ADA KARTEL LAGI ?

 




Ada kartel dalam JIM – Hamzah

PUTRAJAYA – Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin mendedahkan wujud kartel-kartel dalam Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang membabitkan pegawai pelbagai peringkat.

Menurutnya, kartel-kartel tersebut menggunakan pegawai-pegawai JIM untuk melakukan sindiket mengeluarkan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS).

Sebagai contoh, katanya, terdapat kartel yang bergerak dalam JIM Sabah yang mendakwa ejen mewakili jabatan berkenaan untuk kemudahan mendapatkan pas berkenaan.

”Kartel ini bukan hanya mahu naik pangkat, tetapi kartel ini menggunakan pegawai-pegawai tertentu untuk bekerjasama dengan sindiket luar.

“Contohnya di Sabah baru-baru ini Timbalan Menteri II memaklumkan kepada saya, ada iklan bahawa sesiapa nak pas PLKS boleh berjumpa dengan orang ini.

”Ini sesuatu yang tidak bertanggungjawab, ia tidak boleh berlaku sekiranya mendapat pas PLKS yang sah tanpa penggunaan pegawai dalaman kita,” katanya pada sidang media sempena sambutan Hari Imigresen 2021.

Sehubungan itu, Hamzah memberi jaminan akan menyiasat maklumat yang diterima dan mengambil tindakan tegas kerana menjejaskan imej dan mencalarkan intergriti jabatan tersebut.

Malah, dedah beliau lagi, ada kartel yang menjalankan sindiket seolah-olah menjadi ejen JIM sehingga berani mengiklankan aktiviti mereka di media sosial.

”Ini adalah salah satu yang menyalahgunakan perkhidmatan yang sepatutnya dibuat secara mudah tapi seolah-olah ada pula agensi di luar sana yang bertanggungjawab mendapatkan suatu perkhidmatan JIM.

“Itu tidak patut berlaku kerana kita mempunyai mana-mana ejen untuk mendapatkan perkhidmatan JIM,” tambah beliau lagi.

Terdahulu dalam ucapannya, Hamzah berkata, kewujudan kartel-kartel yang bebas keluar masuk di JIM, juga berlaku di pintu-pintu masuk negara termasuklah di lapangan-lapangan terbang.

Jelas beliau, tindakan tidak bertanggungjawab ini telah mengheret persepsi buruk rakyat terhadap intergriti JIM.

“Kalau kita tekan sahaja Google, isu imigresen paling utama adalah kes-kes korupsi, intergeriti, kes-kes yang paling menjijikkan. Kenapa perkara ini perlu berlaku dalam negara kita atau dalam JIM?

“Oleh itu, saya minta semua pegawai elak perkara ini terus berlaku dan memahami bahawa tanggungjawab kita adalah mempertahankan negara.

“Kalau mereka (kartel) mudah masuk, mereka boleh menjual apa sahaja yang ada pada kita secara mudahnya, bermakna mereka tidak menjaga kedaulatan negara kita,” tegas beliau.

Hamzah menegaskan, JIM perlu mengelakkan isu intergriti terus membelenggu jabatan berkenaan sebaliknya berusaha mencapai standard dunia dalam menyampaikan perkhidmatan secara telus kepada rakyat.

DULU  BEKAS

KETUA POLIS

HAMID BADOR

KATA ADA KARTEL

DALAM PDRM

AMIN

HAMZAH KDN KATA

TAK ADA KARTEL

AMIN

SEKARANG 

HAMZAH KDN

KATA ADA KARTEL

DALAM IMIGRISEN

JENG JENG JENG

INI BUNYINYA

MACAM BEREBUT

KUASA  AJER

KAH KAH KAH

KARTEL JIM INI

JUAL APA?

SAJE TANYA

JANGAN MARAH 

AMIN

 BAHAYA BESAR 

KALAU SAMSENG 

CHINA MERAH

 MASUK  KONTROL

AMIN 

NANTI RAMAI 

 PENDATANG CHINA 

MASUK 

AMIN

AMAT SUSAH

 NAK KENAL 

CHINA  IPOH

ATAU

 CHINA PEKING

AMIN

Tiada ulasan: