JUMAAT 10/12/2021
KITA MASUK KE HARI 630
BERKHALWAT
BERKHALWAT
PKP 4.0
MASIH DILAPORKAN
BANYAK KLUSTER BARU
MUNCUL
AMICRON
KITA MASIH MENUNGGU
APA HASIL KAJIAN
NAMPAKNYA MASIH
TIDAK KELIHATAN CAHAYA
DALAM TOROWONG KOBID
GUA SENDIRI
DAN MUNGKIN JUGA
RAMAI LAGI ORANG
YANG MAKIN BOSAN
DENGAN KOBID & PKP
BERAPA LAMA LAGI
SEBELUM KITA KEMBALI
MACAM 2018 ?
AMIN
KES NAJIB MASIH HEBOH
DIPERKATAKAN
MAT NAJIB DAH BEBERAPA KALI
REKRUT ALLAH
YANG PELIKNYA
NAJIB GAGAL
KAH KAH KAH
APAKAH ALLAH TIDAK
MENYEBELAHI MAT NAJIB
KAH KAH KAH
PAGI INI GUA MASUK HOKKIEN
YANG BASAH DAN LECAH
HUJAN LEBAT PETANG KELMARIN
CENGKERIK GEMBIRA
TERKUKUR GEMBIRA
YANG LAIN TAK DENGAR
DARI JAUH GUA DENGAR
SUARA BURUNG HOW WOW
SAEKOR KENG KENG MELINTAS
SUARA MEMECAH ALAM
DI TEPI JALAN
POKOK SEMALU KELIHATAN SEGAR
LEPAS HUJAN
BILA GUA HAMPIRI
SENYUMNYA HILANG
KAH KAH KAH
MATA HARI DAH KELUAR
TAPI CAHAYA PUDAR
KL & KL SENTRAL KELAM
AWAN DILANGIT
TIDAK CANTIK
TAPI GUA RASA
PANAS YANG MENJANJIKAN
AMIN
BRO
SENYUM
SENYUMLAH
DI PAGI INI
BRO
HIDUP CARA LU NAK HIDUP
KERANA MATI ITU MILIK LU
BRO
KALAU LU TAK NAK BELAJAR
TAKDA SAPA BOLEH TOLONG
KALAU LU NAK BELAJAR
TAK DA SAPA BOLEH HALANG
BRO
JANGAN KOMPLIN
TAK DAPAT KASUT BALLY
LU LUM JUMPA
MAMAT KAT CHOW KIT
YANG TAK ADA KAKI
BRO
LU DENGAR APA ORANG KATA
TENTANG ORANG LAIN
DARI SINI LU TAHU
APA ORANG KATA
TENTANG LU
BRO
LU MULA KENAL
DENGAN MAMAT INI
TAPI LU TIDAK PASTI SIAPA DIA
SILA CARI SAPA KAWAN DIA
BRO
KALAU LU TERUS
NAK JADI MACAM ORANG LAIN
SAPA PULAK NAK JADI
MACAM LU
BRO
LEBIH BAIK BERI DUIT ITU
DARI DIPINJAM
NILAINYA SAMA
BRO
RAMAI ORANG
DAH ADA EMAS DALAM RUMAH
TAPI SIBUK DILUAR
CARI TEMBAGA
BRO
UNTUK SELAMAT
PERCAYA SEBAHAGIAN YANG
LU NAMPAK
DAN TOLAK SEMUA
YANG LU DENGAR
BRO
SUBUH TAK DATANG
DUA KALI UNTUK KEJUTKAN LU
BRO
JANGAN SILAP
BERUMUR BUKAN
MEMBAWA SOSOK JADI BIJAKSANA
IA HANYA KEMBAWA
SOSOK BERGERAK LAMBAT
BRO
TERUS BAWA PERANGAI
BUDAK BUDAK
SENANG ANAK ANAK NAK RAPAT
BRO
BUKU INI IALAH
SEBUAH TAMAN
YANG LU BAWA DALAM SAKU
BRO
KAWAN YANG BAIK
ADALAH SAPERTI
CINCIN YANG MASUK KE JARI
BRO
KALAU LU BERDIRI LURUS
JANGAN RISAU
JIKA BAYANG BAYANG LU SENGET
BRO
LU NAK TAHU
JALAN DIHADAPAN
LU TANYA ORANG
YANG DAH GUNA JALAN ITU
BRO
KALAU LU
TAK SABAR DENGAN PEKARA KECIL
PEKARA YANG BESAR
TAK AKAN SAMPAI
BRO
KALAU LU SOSOK JUJUR
LU TAK AKAN TAKUT
KETUKAN PINTU
TENGAH MALAM
AMIN
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERKHALWAT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan