Khamis, 9 Disember 2021

KEADILAN UNTUK NAJIB

 




Najib yakin dapat keadilan di Mahkamah Persekutuan

BEKAS perdana menteri Najib Razak yakin keadilan akan memihak kepadanya selepas Mahkamah Rayuan semalam sebulat suara mengekalkan keputusan bersalahnya atas pertuduhan yang dikaitkan dengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Melalui hantaran di Facebook, beliau mengulangi pendiriannya semalam yang beliau tidah bersalah malah telah dianiaya secara salah.

Najib turut berterima kasih kepada rakan-rakan dan penyokongnya kerana percaya beliau tidak bersalah malah menyokongnya sepanjang proses perbicaraan.

“Peringkat rayuan seterusnya adalah Mahkamah Persekutuan dan saya percaya akan mendapat keadilan.”

Pasukan peguam Najib berkata mereka telah memfailkan rayuan di mahkamah tertinggi negara bagi membatalkan keputusan yang dikemukakan Mahkamah Rayuan.

Ahli Parlimen Pekan itu juga telah diberikan penangguhan pelaksanaan oleh Mahkamah Rayuan semalam, bermaksud beliau kekal sebagai orang bebas dan hanya akan mengetahui nasibnya apabila diputuskan oleh hakim Mahkamah Persekutuan.

“Sebagai seorang yang beragama Islam, saya nyatakan atas nama Allah. Wallahi, wabillahi, watallahi bahawa saya tidak minta dan saya tidak pernah mengarahkan sesiapa untuk memindahkan dana RM42 juta itu. Mahkamah akhirat nanti hakimnya Allah.

“Saya amat berterima kasih dan menghargai keyakinan, kepercayaan dan keprihatinan saudara-saudari semua,” katanya dalam hantaran tersebut.

Pada Julai 2020, Najib didapati bersalah atas tujuh pertuduhan pengubahan wang haram, jenayah pecah amanah dan salah guna kuasa oleh hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Nazlan Mohd Ghazali. Beliau dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.

Panel tiga hakim dipengerusikan Abdul Karim Abdul Jalil sebulat suara bersetuju dengan penghakiman Nazlan yang Najib ada kepentingan peribadi dalam Kabinet yang meluluskan jaminan kerajaan untuk pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) kepada SRC International.

Hakim memutuskan tindakan Najib berhubung pinjaman RM4 bilion kepada SRC bukan untuk kepentingan negara tetapi untuk kepentingan peribadi.

“Tetapi saya katakan di sini bahawa sehingga hari ini, saya sentiasa menegaskan bahawa saya tidak bersalah dan telah dianiayai,” kata Najib.

“Saya dibicara di mahkamah. Saya juga dibicara di mahkamah rakyat. Didapati bersalah dan dihukum penjara 12 tahun sebab hakim kata ianya bukan hak saya untuk sedekahkan RM42 juta yang saya tidak pernah sorok, tidak pernah minta dan tidak pernah arahkan untuk dipindah kepada akaun saya.

“Bahawa ini adalah kesalahan bawah AMLA. Malah mahkamah juga telah diberitahu oleh pihak Ambank dan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) bahawa saya turut menerima RM642 juta daripada Kementerian Kewangan Arab Saudi yang saya juga telah sedekahkan sepenuhnya bagi pelbagai aktiviti CSR dan program Rakyat.

“Saya tidak didapati bersalah mencuri RM42 juta untuk kegunaan peribadi saya,” katanya.

Selain SRC, Najib juga menghadapi perbicaraan jenayah yang dikaitkan dengan kerugian daripada 1MDB dan kerana didakwa mengganggu laporan audit.

Penyiasat berkata kira-kira AS$4.5 bilion telah dirompak secara keseluruhan daripada 1MDB, dana kekayaan negara yang diasaskan Najib pada 2009, tidak lama selepas beliau memegang jawatan perdana menteri.

“Mungkin inilah perjalanan yang ditakdirkan. Saya hadapi dengan tenang dan redha. Saya akan terus membela diri dan menegakkan kebenaran di mahkamah dunia.

“Ini bukan pengakhiran juga. Tidak sama sekali. Kerana ikrar saya kekal, berjuang ke nafas akhir untuk kebajikan rakyat.

“Semoga Allah SWT terus merahmati dan melindungi kita dan permudahkan segala urusan kita,” kata Najib. – 9 Disember, 2021.

NAJIB DAH

REKRUT ALLAH

KAH KAH KAH

TAPI MASIH

DIDAPATI BERSALAH

KAH KAH KAH

NAJIB PERLU

CARI JALAN LAIN

UNTUK SELAMAT

KAH KAH KAH

WOIT

JALAN TERBAIK

GUNAKAN KEMBALI

BOMOH ROSMAH

KAH KAH KAH

PUKAU MAHKAMAH

PUKAU HAKIM

KAH KAH KAH

TAPI

MAHUKAH

ROSMAH MEMBANTU

NAJIB ? 

SATELAH NAJIB

 ADA AWEK MUDA

JENG JENG JENG

Tiada ulasan: