Sabtu, 11 Disember 2021

KENYATAAN PELIK DARI SABRI 114

 



Ismail Sabri harap Umno terus menyokongnya

NAIB Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob mahu terus mendapat sokongan parti sebagai perdana menteri untuk membantunya fokus menyelesaikan isu ekonomi dan kesihatan dihadapi rakyat.

Beliau berkata walaupun kes Covid-19 semakin menurun berbanding di awal pelantikannya sebagai perdana menteri dan ekonomi negara juga dilihat semakin pulih, tugas itu masih belum berjaya dilunaskan dengan sepenuhnya.

“Saya perlu sokongan dari parti untuk naikkan semangat saya untuk perjuangan. Isu terbesar adalah isu rakyat dan bukan politiking yang tak habis-habis.

“Kes memang semakin menurun tapi masih di sekitar 4,000. Jangan ingat kita dah bebas sepenuhnya dari Covid-19 dan tanggungjawab saya masih lagi besar dan perlu saya lakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Bera, di Pahang hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri juga menyeru Umno untuk kembali ke asas perjuangan parti dalam membawa kesepaduan dalam kalangan masyarakat Melayu dan Islam, bagi memastikan kemenangan parti itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Beliau juga mengingatkan ahli parti untuk menjadikan kekalahan pada PRU14 yang lepas sebagai peringatan, mengenai kepentingan kesepaduan dalam parti.

“Kita bentuk kerajaan hari ini bukan kerana kita menang PRU tetapi kerana kita bekerjasama dengan parti lain. Kita seolah-olah lupa perkara itu. 

“Tujuan asal penubuhan Umno adalah untuk menyatupadukan umat Islam dan Melayu, namun sebaliknya yang terjadi sekarang apabila wujud beberapa kem dan pergeseran dalam parti,” katanya.

Naib Presiden Umno itu juga mengingatkan ahli parti supaya tidak terlalu mendabik dada dengan kemenangan besar parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka baru-baru ini dengan menggesa PRU diadakan secepat mungkin.

“Tahniah atas kemenangan di Melaka. Namun ia tidak boleh dijadikan model (kemenangan). Kita masih belum menang sepenuhnya dan peningkatan undi popular kita hanya sebanyak satu peratus sahaja di Melaka,” katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri juga mahu sayap Pemuda dan Puteri Umno terus mendekati golongan muda yang bakal menjadi penentu kemenangan parti dalam PRU akan datang, apabila pendaftaran secara automatik pengundi 18 tahun telah diwartakan dan berkuat kuasa 15 Dis ini.

“Tugas Pemuda dan Puteri khususnya di Bahagian perlu ‘engage’ dengan pengundi muda untuk sokong parti kita. Ini sepatutnya jadi iltizam kita dan bukan sekat orang muda,” katanya.
Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera berkata meskipun terdapat pihak yang cuba menyekat golongan muda mengundi dengan mencadangkan supaya PRU15 diadakan secepat mungkin, tindakan tersebut menurutnya akan menjejaskan parti.

“Jika kita buat macam itu, seolah-olah kita tak yakin pada kemampuan orang muda untuk buat pilihan, seolah-olah kita sekat hak mereka dan jika kita berbuat begitu kita akan dihukum golongan ini,” katanya.

Dalam pada itu beliau juga mengingatkan semua pihak supaya menghormati kuasa penuh Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen mengikut Perlembagaan, walaupun mereka bebas memberi pandangan mengenai perkara itu. – Bernama, 11 Disember, 2021.

PELIK PELIK

AMAT PELIK

KAH KAH KAH

WAT DE BEKAUSE

SABRI 114 CAKAP

LAGU NI?

KAH KAH KAH

INI MAKNANYA

PERANG DALAMAN

CUKUP KUAT

AMIN

RAMAI AHLI

GEROMBOLAN MARAH

SABRI 114 TAK

BANTU NAJIB BEBAS

KAH KAH KAH

MEREKA BACA

SABRI 114 GEMBIRA

BILA NAJIB 

DI PENJARA

KHALAS 

Ads by Kiosked
Art

Tiada ulasan: