Sekat pasport Rosmah Mansor
PERBUATAN Rosmah Mansor yang gagal hadir pada prosiding mahkamah yang ditetapkan adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan tidak menghormati sistem undang-undang negara.
Lebih mengecewakan lagi adalah, mahkamah memberi peluang dan tidak mengeluarkan waran tangkap terhadap kegagalan beliau mematuhi arahan mahkamah.
Bayangkan jika perkara yang sama dilakukan oleh rakyat biasa, sudah pasti waran tangkap akan dikeluarkan dengan segera.
Adakah undang-undang negara istimewa bagi sesetengah individu yang mempunyai kuasa?
Jelas Rosmah Mansor tidak menghormati undang-undang dan tidak sepatutnya diberi sebarang kelebihan. Cukuplah peluang yang diberi disalah guna dan diambil kesempatan.
Sekembalinya pulang ke tanah air, dokumen perjalanan dan Passport Rosmah Mansor wajib ditarik semula dan disekat.
Jangan beri ruang untuk beliau ulangi kegagalan ini dan bertindak seolah-olah beliau kebal dari tindakan undang-undang.
Jangan kita pernah lupa, yang beliau dibicarakan dan didakwa atas kesalahan yang cukup berat, melibatkan salah guna kuasa, rasuah dan pecah amanah yang kesannya besar kepada rakyat dan negara.
Mengapa perlu diberikan keistimewaan kepada individu seperti ini? – 2 Disember, 2021.
* Ulya Aqamah Husamudin,
Ketua Penerangan Parti Pejuang Tanahair
1 ulasan:
Tuan TT, inilah satu contoh paling ketara dan paling memberi kesan dan pengajaran negatif kepada seluruh rakyat Mesia. Undang-undang tidak perlu dipatuhi dah diikuti. Inilah juga saya komen yang telah ungkitkan terdahulu tetapi Tuan TT tidak meluluskan penyiaran dalam platfom Tuan TT ini. Kenapa pengguna jalan raya tidak mematuhi peraturan jalan raya terutama dipersimpangan jalan berlampu isyarat. Siapakah yang sering melanggar peraturan lampu isyarat ketika lampu merah. Pasti Tuan TT sendiri sering melihat perkara ini. Nape mereka sering melanggar peraturan tetapi jarang kepada pengguba lain?
Itulah undang-undang kat Mesia, bukan setakat antara dua darjat, sebenarnya berdarjat-darjat... Bagaimana nak hormat dan yakin dengan keseluruhan sistem pengurusan dan pentadbiran yang berdegar-degar didendangkan kononnya suci murni dengan nilai keagamaan..!
Catat Ulasan