Isnin, 31 Januari 2022

AZAM BAKI MULA MENERJAH

 




Maszlee disiasat selepas buat aduan, kata SPRM

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat dua laporan yang dibuat terhadap Maszlee Malik, kata agensi itu.

SPRM bagaimanapun tidak mendedahkan jenis aduan yang dibuat terhadap ahli Parlimen Simpang Renggam itu.

“SPRM ingin menegaskan bahawa proses siasatan perlu dijalankan setelah terdapat aduan rasmi berhubung sesuatu kesalahan rasuah dan penyelewengan sebagaimana peruntukan undang-undang.

“Setiap siasatan yang dijalankan adalah mengikut prosedur operasi standard (SOP) dengan menemu bual beberapa saksi yang terlibat.

“SPRM tidak akan tunduk kepada tekanan dari mana-mana pihak untuk mengalihkan isu rasuah dan penyelewengan dengan pelbagai tekanan yang sengaja dibuat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Agensi antirasuah itu juga menafikan dakwaan Maszlee yang pegawainya diganggu oleh SPRM.

Semalam, Maszlee mendakwa pegawainya ditekan SPRM, tindakan yang menurutnya boleh dikaitkan dengan sokongannya terhadap gesaan supaya Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki disiasat.

Ahli Parlimen PKR itu berkata pegawai SPRM pergi ke pusat khidmatnya di Simpang Renggam baru-baru ini dan menyoal pegawainya mengenai aktiviti yang dianjurkan di kawasannya.

Maszlee dipanggil polis hari ini berhubung tunjuk perasaan di luar Parlimen pada 20 Januari, yang menggesa Azam Baki digantung tugas.

Beliau berkata ini berhubung kehadirannya menyaksikan penyerahan memorandum oleh Pemuda PKR di luar bangunan Parlimen pada 20 Januari.

SPRM dalam pada itu menegaskan semua pihak berhenti mensensasikan proses siasatan.

“Siasatan yang dijalankan akan berteraskan prinsip ketelusan, keadilan dan profesionalisme serta berlandaskan undang-undang yang diperuntukkan,” kata SPRM. – 30 Januari, 2022.


INI CONTOH

TERBAIK

KUASA DAULAH

ATAU 

STATE POWER

AMIN

LU BUAT DEMO

MAHU AZAM BAKI

UNDUR  

AMIN

SEKARANG

AZAM BAKI MULA

BERTINDAK

AMIN

KAH KAH KAH

AKAN BANYAK

LAGI YB AKAN

KENA PANGGIL

SPRM

TAK CAYA

LU TUNGGU

AMIN

KAH KAH KAH

SPRM KINI

KEMBALI APDA

TUGAS LAMA

PUKUL & BUNUH

KACAU & HARU

PEMBANGKANG

DAN MUSUH

KERAJAAN

KAH KAH KAH

AMIN

Tiada ulasan: