Khamis, 6 Januari 2022

BERITA BAIK - KITA SELAMTKAN KITA

 



Hampir 98% populasi dewasa lengkap vaksinasi

SERAMAI 22,872,297 individu atau 97.7 peratus populasi dewasa di negara ini melengkapkan dos vaksin Covid-19 setakat 11.59 malam tadi. 

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi laman CovidNow, seramai 23,160,259 individu atau 98.9 peratus daripada kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. 

Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, seramai 2,761,997 individu atau 87.8 peratus melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 2,852,677 individu atau 90.7 peratus dari kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Sementara itu, sejumlah 245,326 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 2,747 dos pertama, 3,859 dos lengkap dan 238,720 dos penggalak. 

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kepada 58,554,303 dos termasuk 7,107,613 dos penggalak. 

Sementara itu, menurut portal GitHub KKM, sebanyak 18 kes kematian direkodkan semalam.

Pahang, Perak dan Selangor mencatatkan angka kematian tertinggi dengan masing-masing merekodkan tiga kes, diikuti Kedah, Melaka, dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang masing-masing merekodkan dua kes, manakala masing-masing satu kes di Kelantan, Sabah dan Terengganu. – Bernama, 6 Januari, 2022.

YANG GUGUR

YANG TEWAS

YANG 

DISELAMATKAN

AMIN

TERIMA KASIH

BARISAN HADAPAN

AMIN

KITA  BANTU KITA

KHALAS

Tiada ulasan: