Selasa, 4 Januari 2022

MIMPI KONTOT

 



Rombakan Kabinet hanya spekulasi, kata Ismail Sabri

PERDANA Menteri Ismail Sabri Yaakob hari ini berkata tidak akan ada rombakan Kabinet setakat ini, sebaliknya tumpuan kerajaan kini kepada isu yang mencengkam rakyat terutamanya bencana banjir dan pandemik Covid-19.

Menyifatkan isu rombakan Kabinet hanya spekulasi semata-mata, beliau berkata perkara itu tidak sepatutnya timbul memandangkan negara masih dilanda bencana banjir dan Covid-19 yang belum selesai.

“Nama-nama tu macam-macam nama yang keluarlah… macam biasalah, dulu pun macam tu juga. Saya dah beritahu tadi, fokus saya sekarang adalah untuk banjir, jadi saya tak nak bercakap pun soal ada ke tak ada (rombakan Kabinet), setakat ini selagi saya tak umumkan, tak adalah (rombakan Kabinet),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan Bantuan Wang Ihsan kepada 55 ketua isi rumah yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Gangsa di Alor Gajah, berikutan banjir yang kembali melanda Melaka sejak Sabtu lepas.

Hadir sama Ketua Menteri Melaka Sulaiman Md Ali dan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Kamel Mohamad.

Sejak kebelakangan ini, timbul desas-desus bahawa Ismail Sabri akan melakukan rombakan Kabinet dengan melantik seorang timbalan perdana menteri dan menggugurkan tiga menteri daripada jawatan yang disandang mereka. – Bernama, 4 Januari, 2022.

KEMPUNAN

SAPA PUNAN

KAH KAH KAH

LIDAH KONTOT

AZMIN ALEE

HAMZAH ZAI

SEMUA TAK

LENA TIDUR

KAH KAH KAH

SEMUA MIMPI

SIANG MALAM

KAH KAH KAH

BUKAN MIMPI

NAK LAWAN

 RASUAH

AMIN

BUKAN MIMPI

NAK BANTU

 RAKYAT BANJIR

AMIN

BUKAN MIMPI 

NAK SEDARKAN

RAKYAT TENTANG

PEMANASAN DUNIA

TAPI

MIMPI NAK 

JADI TPM

KHALAS 

AMIN

Tiada ulasan: