Sabtu, 15 Januari 2022

PLO BELOT - BERUNDING DENGAN ZIONIS

 


Puluhan rakyat Palestin cedera bertempur dengan tentera Israel

PULUHAN penunjuk perasaan Palestin cedera pada Jumaat semasa pertempuran dengan tentera Israel berhampiran dua bandar di utara Tebing Barat, kata pegawai perubatan dan saksi.

Anggota perubatan Palestin berkata bahawa sekurang-kurangnya 15 penunjuk perasaan cedera akibat tembakan logam bersalut getah dan berpuluh-puluh mengalami sesak nafas selepas mereka terhidu gas pemedih mata yang dilepaskan oleh tentera Israel berhampiran Nablus dan Qalqilya.

Saksi Palestin berkata pertempuran tercetus antara berpuluh-puluh penunjuk perasaan dan tentera Israel selepas Palestin menganjurkan dua protes mingguan terhadap peluasan penempatan Israel baru-baru ini dan rampasan tanah di Tebing Barat, lapor Xinhua.

Mereka berkata pertempuran sengit di perkampungan Beit Dajan di timur Nablus, dan rakyat Palestin melemparkan batu ke arah askar, yang melepaskan tembakan getah dan gas pemedih mata untuk menyuraikan mereka.

Sementara itu, enam lagi rakyat Palestin cedera akibat tembakan logam bersalut getah yang dilepaskan oleh tentera Israel semasa bantahan di perkampungan Kafr Qaddum di timur Qalqilya.

Tiada maklum balas segera daripada tentera Israel berhampiran dua bandar di Tebing Barat.

Kementerian Luar Palestin dalam satu kenyataan berkata rakyat Palestin mempunyai hak untuk mempertahankan diri, mendapatkan hak sah mereka untuk menentukan masa depan mereka sendiri dan menubuhkan negara Palestin yang merdeka di sempadan 1967.

Israel menceroboh Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur, yang dituntut oleh Palestin, sejak perang Timur Tengah 1967. – Bernama, 15 Januari, 2022.

KERTAS UDAH

MEMO  PUN UDAH

ANGKAT PELITA

JUA YANG BELUM

AMIN

PROTES SUDAH

DEMO SUDAH

ANGKAT SENJATA

SAJA YANG BELUM

AMIN

KUASA LAHIR

DARI LARAS

SENAPANG

KHALAS

PLO  & FATAH

BELOT  DAN

MENINGGALKAN

GARIS POLITIK

ANGKAT SENJATA 

AMIN

BERUDING DG  ZIONIS

INI HASILNYA

AMIN

MERDEKA TIDAK

AKAN DAPAT

DENGAN 

BERUNDING

KHALAS

Tiada ulasan: