Khamis, 20 Januari 2022

SUASANA IKLIM POLITK MOLEK DAN TERBAIK

 


Institusi gagal, orang ramai hilang kepercayaan, kata pemerhati

DEFISIT amanah dalam agensi kerajaan semakin meningkat kerana orang ramai tidak lagi melihat mereka sebagai berkesan dalam menjalankan tugas, kata kumpulan masyarakat sivil dan ahli politik.

Merujuk kepada kegagalan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti, mereka berkata persepsi orang ramai ialah institusi yang ditubuhkan untuk menghapuskan salah laku kini menjadi subjek penelitian.

Ini, ditambah dengan pelbagai skandal lain selama ini dan kekurangan tadbir urus yang baik sekali gus menyebabkan defisit kepercayaan dalam kalangan orang ramai terhadap institusi kerajaan berada pada paras tinggi.

Ahli Exco Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (Gerak) Munirah Alatas berkata, isu utama mengenai kurangnya kepercayaan di Malaysia ialah tadbir urus yang tidak baik.

“Apa yang berlaku sejak akhir-akhir ini dengan Azam Baki (ketua pesuruhjaya SPRM), SPRM dan SC adalah mengenai penyalahgunaan kuasa yang semakin meningkat oleh golongan elit kita,” katanya kepada The Malaysian Insight.

“Kedua-dua institusi sepatutnya memantau penyalahgunaan sedemikian, namun ini adalah institusi yang terlibat dalam penyalahgunaan.”

Katanya, memandangkan tiada siasatan bebas dijalankan ke atas Azam dan penyiasatan SC tidak didedahkan kepada umum, maka tidak hairanlah terdapat defisit amanah.

“Ini kejadian berterusan di mana pandangan orang ramai tidak diambil serius walaupun terdapat banyak rayuan untuk siasatan bebas dan terbuka,” kata Munirah.

“Sudah tentu akan ada defisit amanah yang semakin meningkat di negara ini.” Azam mengakui membenarkan adiknya menggunakan akaun dagangan milik beliau untuk membeli saham dalam dua syarikat.

Saham itu berjumlah 2.15 juta unit dalam Excel Force MSC Bhd pada 2015, serta 1.93 juta unit dalam Gets Global Bhd pada tahun yang sama dan 1.02 juta unit pada tahun berikutnya.

Ketika itu Azam merupakan pengarah siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Lembaga penasihat SPRM membersihkan nama beliau daripada salah laku berikutan pengakuannya.

SC yang membuka kertas siasatan berhubung kelakuannya berkata ia tidak dapat membuktikan sama ada Azam melanggar seksyen 25(4) Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (Sicda).

Seksyen 25(4) Sicda memperuntukkan bahawa akaun dagangan mesti dibuka atas nama yang berfaedah pemilik atau penama yang diberi kuasa.

SC kini berada di bawah tekanan untuk mendedahkan penemuannya kepada umum. – 19 Januari, 2022.


IKLIM SUASANA

POLITIK

 SEKARANG BAIK

AMIN

SEKARANG 

KITA ADA

 AZAM BAKI

UNTUK DIJADIKAN

SOSOK DIBENCI

OLEH RAKYAT

AMIN

DULU KITA ADA

ROSMAH NAJIB

DAN ADA1MDB

AMIN

SEKARANG 

IMAM MASJID

PEGAWAI TINGGI

PEGUAM  & HAKIM

SEMUA TIBAI

ADAM BAKI

AMIN

LAGI LAMA 

AZAM BAKI

 BERTAHAN

LAGI BAIK

AMIN

SENANG NAK

HASUT ORANG

RAMAI  BENCI

PADA KERAJAAN

AMIN

DALAM 

PROPAGANDA

POLITIK 

KITA PERLU MUSUH

AMIN

DULU HITLER

KEMUDIAN 

SADADM HUSIN

KEMUDIAN TRUMP

KEMUDAIN NAJIB

INI HAKIKAT

 PROPAGANDA

AMIN

TANPA AZAM BAKI

PAGI SABTU INI

 TAK AKAN ADA

DEMO DI SOGO

KHALAS

Tiada ulasan: