Selasa, 22 Februari 2022

KLUSTER BUKAN MAHKAMAH

 



Kluster pendidikan meningkat, kata KP kesihatan

JUMLAH kluster pendidikan Covid-19 dilihat meningkat dengan ketara pada minggu epidemiologi (ME) terkini dengan 92 kluster dilaporkan pada ME 7/2022, berbanding 61 kluster pada ME 6/2022.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, berkata setakat ini Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) mencatat 367 kluster pendidikan sejak 1 Januari hingga 19 Februari lalu dan daripada jumlah itu 346 kluster masih aktif manakala 21 kluster sudah tamat.

Beliau berkata, walaupun terdapat trend penurunan kluster pendidikan pada ME 5/2022 disebabkan cuti sambutan Tahun Baharu Cina, namun trend itu dilihat kembali meningkat pada ME 6/2022 dan ME 7/2022 berkadaran dengan peningkatan kes yang ketara di seluruh negara.

Katanya, negeri yang merekodkan kluster pendidikan paling tinggi adalah Kelantan (54 kluster), diikuti Selangor (49), Pahang (38), Kuala Lumpur (37) dan Sabah (34).

“Siasatan mendapati 328 kluster iaitu 89.4% dengan kes indeks merupakan pelajar, manakala 31 kluster (8.5%) merupakan kes indeks guru atau pensyarah. Selain itu 6 kluster (1.6%) dengan kes indeks dalam kalangan kakitangan sokongan pusat pendidikan berkenaan dan 2 kluster (0.6%) dengan keluarga sebagai kes indeks,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, majoriti kes yang dilaporkan adalah kategori bergejala ringan atau tiada gejala.

“Sebanyak 12,579 kes (76.54%) kategori 2, 3,850 kes (23.4%) kategori 1 dan 35 kes (0.2%) daripada kategori 3 dan 4 dan semua kes sudah mendapatkan rawatan serta dalam keaadaan stabil.

“Semua 257 sekolah terbabit adalah daripada pelbagai agensi iaitu Kementerian Pendidikan (KPM), Majlis Amanah Rakyat (Mara), Maahad Tahfiz dan lain-lain,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, sehingga 19 Februari lalu, 232 kluster membabitkan sekolah menengah dan 25 kluster sekolah rendah masih aktif.

“Daripada jumlah itu 107 sekolah ditutup sementara untuk pembersihan dan dijadikan tempat kuarantin dan 150 sekolah hanya memerlukan penutupan kelas sahaja.

“Hasil siasatan mendapati punca utama berlakunya jangkitan dan penularan Covid-19 disebabkan beberapa faktor. Antaranya ketidakpatuhan kepada SOP, pergerakan pelajar yang bebas dan pergaulan rapat semasa pelajar di asrama serta beberapa faktor lain,” katanya.

Beliau mencadangkan sebagai penambahbaikan, semua yang terbabit dalam kumpulan itu melakukan ujian pengesanan Covid-19 secara berkala, mengenal pasti pelajar yang bergejala dengan cepat serta memastikan pengudaraan di semua kawasan dalam keadaan optimum.

Sementara itu, CPRC kebangsaan melaporkan sejak 25 Januari 2020 hingga 19 Februari 2022 sebanyak 6,704 kluster dikesan, membabitkan 538,554 kes, dengan 6,212 kluster sudah tamat dan hanya 492 kluster masih aktif.

Pecahan kes kluster tertinggi direkodkan di tempat kerja (58.71%), komuniti (20.54%), pusat tahanan (7.63%) dan pendidikan (6.83%). – Bernama, 22 Februari, 2022.

INI BUKAN 

KLUSTER

MAHKAMAH

AMIN

INI KLUSTER BARU 

MUNCUL

DI SEKOLAH

AMIN

TAK SANGKUT

PAUT DENGAN

CURI DUIT 1MDB

KHALAS

JALAN TERBAIK

MASIH LAGI

IVERMECTIN

AMIN

SEBUTIR 

IVERMECTIN

JIKA MERASA

CURIGA 

WAS WAS SATELH

DI TEMPAT RAMAI

AMIN


Tiada ulasan: