Air percuma, tiada sewa, bayaran 5 tahun jika Perikatan menang Johor
PERIKATAN Nasional akan menyediakan air percuma (20 meter padu) kepada golongan berpendapatan rendah dan menghapuskan semua bayaran lesen dan sewa tapak perniagaan milik Pihak Berkuasa Tempatan selama lima tahun jika ia memenangi pilihan raya Johor.
Selain itu, Perikatan juga akan memberikan bantuan khas kepada nelayan berdaftar dan menubuhkan Dewan Undangan Negeri Belia dan Yayasan Kepimpinan Anak Muda Johor sekiranya memenangi pilihan raya, kata pengerusinya Muhyiddin Yassin.
“Perikatan Nasional akan memastikan projek perumahan generasi baharu Felda yang sedang dibaik pulih disiapkan segera dan projek perumahan generasi baharu Felda terbengkalai yang berpotensi untuk dibaik pulih akan diselamatkan.
“Selain itu, premium tanah bagi semua lot tanah yang diluluskan oleh kerajaan negeri di bawah Program Pemberimilikan Lot Tanah Generasi Baharu Felda bagi tujuan pembinaan rumah oleh generasi baharu Felda ditetapkan pada kadar RM1.00 sekaki persegi,” kata bekas perdana menteri di Johor Bahru hari ini.
Muhyiddin berkata demikian ketika melancarkan Ikrar Perikatan Nasional Untuk Johor.
Ikrar berteraskan 8 tunjang utama, berpacukan 24 strategi dan berlandaskan 144 pendekatan,” kata Muhyiddin. – 2 Mac, 2022.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan