Isnin, 14 Mac 2022

EGO DAN BEBAL

 



BN mungkin tewas 17 kerusi DUN jika pembangkang bersatu

PEMBANGKANG akan menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kelmarin jika mereka bersatu dan bertanding di bawah satu logo.

Keputusan rasmi pilihan raya menunjukkan Barisan Nasional (BN) akan kehilangan 17 kerusi jika tidak berlaku perpecahan undi antara beberapa parti pembangkang dan Perikatan Nasional (PN) yang bertanding sesama sendiri.

Parti pembangkang yang bertanding di Johor adalah Pakatan Harapan (PH) termasuk PKR, DAP, Amanah, Pejuang, Warisan, Parti Bangsa Malaysia, PSM dan Muda.

Hanya DAP dan Amanah bertanding di bawah logo PH manakala PKR berlawan atas logo sendiri.

Hasilnya, BN memenangi 40 daripada 56 kerusi dengan PH memenangi 12, PN tiga dan Muda satu.

Tetapi keadaan akan menjadi berbeza jika konsep ‘gabungan besar’ pembangkang dicapai.

Pembangkang akan memenangi 32 kerusi, termasuk 16 yang dimenangi kelmarin.

Bagaimanapun disebabkan pertembungan sesama sendiri, BN berjaya memenangi tambahan 17 kerusi dengan margin kecil, termasuk lima yang menyaksikan pertandingan sengit.

Di kerusi Bukit Pasir, Mohamad Fazli Mohamad Salleh daripada BN menang dengan majoriti hanya 196 undi mengatasi Iqbal Razak dari PN.

Iqbal meraih 5,850 undi manakala Elia Nadira dari PH memperoleh 4,676 undi.

Gabungan kedua-dua parti ini akan menjadikan jumlah undi kepada 10,526, bermakna BN akan kehilangan kerusi itu sebanyak 4,478 undi.

Di tempat lain, terdapat juga pertandingan sengit seperti di kerusi Parit Yaani, di mana Najib Samuri dari BN menewaskan Aminolhuda Hassan dari PH, yang juga ketua Amanah Johor, dengan majoriti 294 undi.

Najib mendapat 9,070 undi, manakala Aminolhuda di tempat kedua dengan 8,776 undi dan Ahmad Nawfal Mahfocz dari PN di tempat ketiga dengan 5,435 undi.

Jika undi untuk PH dan PN digabungkan, ia akan memberikan jumlah 14,211 undi, di mana ini akan menjatuhkan kemenangan BN sebanyak 5,141 undi.

Di kerusi Serom, Khairin-Nisa dari BN menewaskan pembangkang dan menang dengan majoriti 699 undi.

Beliau meraih 8,507 undi, Ustaz Tok Rahmat PN di tempat kedua memperoleh 7,808 undi manakala Asim Abdullah dari PH di tempat ketiga dengan 5,509 undi.

Sokongan terhadap dua parti pembangkang itu mencatatkan jumlah 13,317 undi, bermakna BN akan kehilangan kerusi ini jika blok pembangkang bersatu dan bertanding sebagai satu pasukan.

Di Tenggaroh juga, Raven Kumar Krishnasamy dari BN tidak menang dengan margin yang besar. BN menang dengan majoriti 1,356 undi.

Roslan Nikmat daripada PN memperoleh 9,172 undi di sini manakala Zulinah Johari dari PKR mendapat undi sangat rendah iaitu 1,529.

Bagaimanapun, jika kedua-dua undi PN dan PKR ditambah ia akan menjadikan jumlah keseluruhan 10,701, bermakna pembangkang akan menang di DUN Tenggaroh dengan majoriti tipis sebanyak 173 undi.

Sementara itu, di Bukit Naning, calon BN Mohd Fuad memperoleh kemenangan dengan majoriti 1,535 undi ke atas Mahadzir Abu Said dari PN.

Fuad meraih 5,437 undi, manakala Mahadzir mendapat 3,902 undi. Ysahrudin Kusni daripada PKR meraih 3,317 undi.

Menggabungkan undi PN dan PKR akan memberikan jumlah keseluruhan 7,219 undi, bermakna BN akan tewas dengan majoriti 1,782 undi.

Selain lima kerusi ini, 12 lagi kerusi di mana pembangkang pasti menang sekiranya jumlah undi digabungkan iaitu Kemelah, Tenang, Gambir, Sungai Balang, Semerah, Senggarang, Rengit, Mahkota, Larkin, Kempas, Kota Iskandar dan Bukit Permai.

Di kerusi ini, satu lagi parti pembangkang iaitu Pejuang, yang diketuai bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, mengalami kekalahan teruk, kehilangan deposit di hampir semua kerusi yang dipertandingkan.

Muda, yang membuat penampilan sulung dalam pilihan raya Johor, berjaya meraih kemenangan di satu daripada tujuh kerusi yang dipertandingkan, jumlah kerusi yang sama yang dimenangi PKR pimpinan Anwar Ibrahim.

Prestasi terburuk PKR berterusan apabila mereka hanya berjaya memenangi satu kerusi iaitu di Bukit Batu daripada 20 kerusi yang dipertandingkan.

Secara keseluruhannya, ia merupakan kemenangan besar bagi BN, yang mengetepikan pembangkang untuk memenangi 40 daripada 56 kerusi yang dipertandingkan. – 14 Mac, 2022.

HANYA SI BEBAL

ATK BELAJAR

DARI KESILAPAN

AMIN

TAPI POLITIKUS

BUKAN SAJE BEBAL

MALAH ADA EGO 

AMAT BESAR

AMIN

EGO INILAH

MEMBAWA BALA

KEPADA RAKYAT

AMIN

BILA EGO & BEBAL

KAWIN JAWABNYA

HANCUR NEGARA

AMIN

RAKYAT NAK

MEREKA BERSATU

TAPI MEREKA GILA

NAK JADI PM

KAH KAH KAH

2 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

PH PN semacam bebal ..bebal nye di tahap tak masok akal ..tahap Gaban. Oghang Jolobu kato bobal "di buek kek oghang" ..macam di bangangkan ..macam UMNO guno bomoh untuk bodohkan dan pocah-pochahkan lawan moreko ..tak cayo lu cobak rujuk cerita Mona Fendi ..atau tanye je Laki Najib. Apa pun harapan PH PN masih kuat pada PRU nanti. Di Johor yg ngundi hanya lebey sikit 50% dan BN dapat 40 kerusi ..tolak- campur UMNO hanyo dapek 38% undi jo ..nampak. Kalau lah PH PN dapek buang sial yang torlokek kek badan mereko, jadi corodik sikit ..kompom BN akan longit ..cayo lah cakap den ..

Tanpa Nama berkata...

Presidennya Anwar Ibrahim berkata keputusan itu ternyata suatu peringatan penting buat parti-parti politik untuk mendepani Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 nanti.kah kah kah bebal bebal semua nak jadi PM, hancur hancur hancur belaka, pertama sekali pilih Atuk jadi PM patut bagi wan azizah he, kah kah tapi dia tahu AI ini Jeni's sondol belakang Amin kah kah