Sabtu, 19 Mac 2022

IDEA ZAHID YANG BIJAK

 



Pembangkang terima MoU untuk bunuh Umno, kata Zahid

PEMBANGKANG menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) bersama kerajaan pimpinan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob untuk membunuh Umno, kata Ahmad Zahid Hamidi.

Oleh itu, Ismail Sabri harus meneliti perjanjian itu kerana pembangkang tidak pernah suka kepada Umno, kata presiden parti tersebut dalam ucapan dasarnya.

“Apabila mereka bersetuju untuk menandatangani memorandum persefahaman, ia bererti mereka ada muslihat tertentu.

“Saya percaya, mereka menerima kita, kerana mereka tahu itulah cara mereka boleh membunuh kita. Mereka tidak pernah sayang pada kita. Bacalah perlembagaan setiap parti lawan kita.

“Sedarlah. Anda bekerjasama dengan musuh. Mereka menyimpan belati dalam selimut kita. Apakah kita mahu menyambung MoU itu lagi?” kata Ahmad Zahid.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Perhimpunan Agung Umno (PAU) di Kuala Lumpur hari ini.

Ismail Sabri menandatangani MoU dengan pemimpin Pakatan Harapan pada 13 September lalu bagi menjamin kestabilan kerajaan selepas pentadbiran negara bertukar dua kali sejak pilihan raya umum 2018.

Zahid sejak November lalu berkempen untuk merundingkan semula MoU berkenaan yang pada waktu ini menghalang pilihan raya umum diadakan sebelum 31 Julai.

Memorandum transformasi dan kestabilan politik itu turut melibatkan ikrar kerajaan berkaitan peruntukan akta antilompat parti, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Undi 18 dan suntikan dana bagi bencana Covid-19.

Isu mengenai perjanjian itu dibangkitkan sewaktu gesaan untuk mengadakan pilihan raya umum ke-15 semakin kuat dalam Umno.

Kemenangan besar parti itu dalam pilihan raya negeri Johor minggu lalu dan juga di Melaka membuatkan pemimpin parti itu pengundi kembali memilih BN.

Perjanjian antara Ismail Sabri dan blok pembangkang tahun lalu merangkumi enam perkara termasuk Pemerkasaan Pelan Covid-19, Transformasi Pentadbiran, dan Pembaharuan Parlimen.

Kebebasan Institusi Kehakiman, MA63 dan Pembentukan Jawatankuasa Pemandu juga antara intipati dalam MoU berkenaan.

MoU itu akan tamat tempoh pada 31 Julai depan.

Pembangkang dari Pakatan Harapan (PH) juga sudah menyatakan kesediaan untuk meneruskan MoU berkenaan.

Parti Pejuang, dan Warisan serta Muda bagaimanapun tidak menandatangani MoU tersebut. – 18 Mac, 2022.
 

SOKONG

KITA SOKONG

IDEA ZAHID

KAH KAH KAH

PEMBANGKANG

TAK PERNAH PIKIR

HAL BUNUH INI

AMIN

PEMBANGKANG

HANYA NAK DPT

BELANJAWAN

KAWASAN

AMIN

 SEKARANG ZAHID

DAH BERI IDEA

MOLEK

AH LAN WA SAHLAN

HAM DU LIL

KHALAS

Tiada ulasan: