Khamis, 21 April 2022

DOKUMEN MASUKAN NAJIB ZAHID KE JIL SEKARANG

 


Laporan risikan dedah wujud pakatan haram – Shahrir

KUALA LUMPUR – Viral di media sosial satu dokumen sulit yang menyerupai minit mesyuarat pimpinan tertentu yang merancang untuk menjatuhkan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi dan mantan perdana menteri, Najib Tun Razak.

Dokumen dua muka surat yang dinamakan “Laporan Political Engagement Pas Pusat” itu didedahkan di media sosial oleh veteran UMNO, Shahrir Samad menerusi Facebooknya, hari ini.

Dokumen sulit itu turut memaparkan nama beberapa pemimpin dari UMNO, PPBM dan Pas, yang dikatakan sedutan dari ‘laporan risikan’ pemimpin Pas bagi tujuan menyediakan pilihan untuk strategi parti itu berdepan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Dokumen itu mendedahkan seorang presiden sebuah parti dikatakan memberitahu, penguatkuasa undang-undang negara bersetuju percepatkan kes mahkamah dan hukuman ke atas Ahmad Zahid dan Najib.

Shahrir yang juga Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru menambah, apa yang dikatakannya itu adalah sedutan dari ‘Conclusion No. 6, Laporan Political Engagement Pas Pusat.

“Kalau betul apa yang terdedah itu adalah pendapat pemimpin terbabit, maka ianya membayangkan sudah berlakunya satu konspirasi dan pakatan haram antara pemimpin politik dengan penguatkuasa undang-undang negara.

“Kalau betul, sudah berlaku kerosakan sistem ‘judiciary‘ dan kehakiman negara. Pendedahan laporan risikan politik Pas ini sudah lama berlaku.

“Pemimpin sebuah parti politik ini ada dipetik inginkan perbicaraan disegerakan,” katanya.

Kata Shahrir, beliau menunggu jika ada penafian atau laporan polis terhadap pendedahan laporan risikan itu.

“Sekurang-kurangnya, perdana menteri boleh tanya penguatkuasa undang-undang negara betulkah pendapat pemimpin PPBM itu. Betulkah sudah ada ‘kolusi’ antara pemimpin politik dengan penguatkuasa undang-undang negara.

“Tak susah sebenarnya kalau nak cari kebenaran dalam hal ni,” tulis beliau.

Sementara itu, Ahmad Zahid ketika mengulas pendedahan dokumen berkenaan berkata, beliau serahkan kepada rakyat dan ahli UMNO untuk menilai sendiri ‘laporan risikan’ dipercayai dibuat pemimpin Pas seperti yang bocor dan tular di media sosial sejak kelmarin.

Beliau juga berpendapat, pendedahan melalui dokumen sulit yang tular di media sosial terutama membabitkan ‘Conclusion No. 6’ itu adalah sebagai ketentuan Tuhan.

“Perancangan manusia dan perancangan Allah. Terpulanglah kepada rakyat dan ahli UMNO menilainya sendiri.

“Saya berserah hanya kepada Allah dan tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan-Nya yang Maha Agung lagi Maha Kuasa,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO,  Ahmad Shabery Cheek turut menggesa individu yang terlibat dalam dokumen sulit itu tampil membuat penafian sekiranya ia tidak benar.

Kata beliau, dokumen itu turut mendedahkan perancangan pihak terbabit untuk segera memenjarakan Presiden dan bekas Presiden UMNO, tindakan ke atas Timbalan Presiden UMNO, menolak pindaan Perlembagaan UMNO untuk pemilihan parti hanya selepas PRU dan juga merancang supaya MOU 2.0 diadakan bagi melambatkan PRU.

Katanya, oleh kerana ia melibatkan kepimpinan parti yang bersama kerajaan, elok ada penafian segera sekiranya ia tidak benar.

“Isu ini seakan ‘Watergate skandal’ pengintipan di Amerika Syarikat tahun 1972. Wikileak ialah pendedahan dokumen sulit antarabangsa sejak tahun 2006.

“Apakah akan wujud Pasleak pula kalau tidak ada penafian dari seorang menteri besar di negeri Pantai Timur sebagai tokoh penting dalam dokumen ini?,” soal beliau. 

ZAHID TAK 

SELAMAT

AMIN

NAJIB AKAN

DI PENJARA

AMIN

WOIT

ADA GERAKAN

NAK MUSNAHKAN

NAJIB & ZAHID

AMIN

ADA KONSPIRASI

BERSATU UMNO PAS

JENG JENG JENG

TAHNIAH PADA

YANG BOCOR

MAKLUMAT

AMIN

TUAN TELAH

BERJASA BESAR

AMIN

JELAS PELACUR

KANG KANG

MAKIN LUAS

KAH KAH KAH

Tiada ulasan: