Siasatan dibuka terhadap Nazlan, kata SPRM
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia telah membuka kertas siasatan terhadap hakim Mahkamah Rayuan Mohd Nazlan Mohd Ghazali berhubung dakwaan wang yang tidak dapat dijelaskan dalam akaunnya, lapor The Star.
Menurut portal itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengesahkan siasatan itu, yang dibuka selepas laporan dibuat.
“Kami membuka kertas siasatan kerana ada laporan dibuat, bukan kerana tuntutan dibuat di portal atau media sosial,” beliau dipetik sebagai berkata oleh The Star.
Mohd Nazlan adalah hakim yang mensabitkan bekas perdana menteri Najib Razak atas penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.
Blog Malaysia Today pada Rabu menyiarkan dakwaan bahawa Mohd Nazlan sedang disiasat berhubung wang RM1 juta yang tidak dapat dijelaskan dalam akaunnya.
Sebelum menjadi hakim, Mohd Nazlan pernah menjadi peguam am dan setiausaha syarikat Maybank.
Mohd Nazlan pada Khamis telah membuat laporan polis terhadap blog itu, mengatakan tuduhan itu berniat jahat, tidak berasas dan bertujuan mencemarkan kredibilitinya sebagai hakim. – 23 April, 2022.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan