Rabu, 27 April 2022

MAIN MERCUN BUDAYA KITA

 



Polis lupus lebih 1,000 mercun, bunga api bernilai RM4.1 juta

POLIS melupuskan 1,059 kotak dan 35 guni mercun serta bunga api pelbagai jenis yang dianggarkan bernilai RM4.1 juta yang dirampas dalam serbuan di dua premis di Taman Kepong, di Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata kesemua mercun dan pelbagai bunga api berkenaan yang dirampas pada 24 Mac lepas dipercayai untuk pasaran sempena perayaan Aidilfitri ini.

“Kesemua rampasan berkenaan telah mendapat kebenaran Mahkamah Majistret 2 Kuala Lumpur untuk dilupuskan melalui cara tersendiri oleh polis setelah permohonan dibuat pada 18 April lepas.

“Setelah tempoh masa rayuan kes selama 14 hari dari tarikh tertuduh dijatuhi hukuman (29 Mac 2022), permohonan pelupusan telah dibuat dan diluluskan pada 18 April,” katanya pada sidang media di Stor Barang Kes Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul hari ini.

Beh berkata kesemua rampasan ini akan disembur dengan air dan digilis jentera berat dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sebelum dimampatkan oleh polis.

Sebelum ini, polis menahan lima lelaki warga tempatan berumur 21 hingga 51 tahun dan pada 29 Mac lepas, seorang individu berusia 51 tahun telah mengaku bersalah dan didenda RM14,000 di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 (Menyimpan dan Menjual Bahan Letupan). – Bernama, 26 April, 2022.

MAIN MERCUN

INI BUDAYA

RAKYAT MALAYSIA

AMIN

TAHUN BARU

KRISMAS

RAYA CHINA

CAP GO MEE

DEWALI

RAYA MELAYU

KENDURI KAWIN

SEMBAHYANG

HANTU  PUN

 BAKAR

MERCUN

KHALAS

BILA ADA 

PERMINTAAN

ADA PEMBEKAL

AMIN

BILA DILARANG

ADA SELUDUP

AMIN

INI HUKUM

TABII MANUSIA

BUKAN AMALAN

DI LUAR TABII

KAH KAAH KAH

JUSTERU

SUSUN ATUR

CARA TERBAIK

UNTUK UMAT

ENJOI DE MENJOI

KHALAS

1 ulasan:

Anak polis pencen berkata...

Bila ada jamuan raya dekat balai polis mereka boleh pulak main mercun...dentam dentum mereka main. Polis terkecuali ke dalam larangan membakar mercun? Lagi satu kamu cuba lihat berek polis...anak polis main mercun sakan. Sapa bekalkan ???Mesti le bapak dia kan !!!!!