Selasa, 5 April 2022

PUASA HARI KE TIGA

 



PUASA HARI  KE 3
SELASA  5/4/2022
KITA  BERPUASA MASUK
HARI KE 3
ANDEMIK MASUK
HARI KE 4

DARI KAMPUNG GUA DENGAR
CERITA KAKAK GUA
YANG MENGIKUTI BERITA TV
KAKAK GUA KATA
KALI INI SUDAH TAKDA ANGKA
KENA KOBID
DAN YANG GUGUR
KERANA KOBID

KAKAK GUA HAIRAN

PASAL APA?
APAKAH KERANA
DAH MASUK ANDEMIK
ANGKA TAK PERLU LAGI

GUA JAWAB
KERANA MY SEJAHTERA
TELAH DIJUAL
KAH KAH KAH
AMIN

DEBAT
KAH KAH KAH
NAJIB ANWAR RAFIZI
NAK BERDEBAT
KAH KAH KAH

GUA RASA NAJIB
LEBIH BAIK
BERTANYA PADA ANWAR
PENGALAMAN
DUDUK DALAM PENJARA
KAH KAH KAH

PERANG UKRAINE
DAH MASUK HARI KE 37 ?
GUA HILANG KIRAAN
RUSIA MENGUNDUR
APAKAH INI TAKTIK ?

SRI LANGKA
HADAPI KRISIS EKONOMI
PAKISTAN HADAPI
KRISIS PERLEMBAGAAN
DUA DUA 
TANAH JAJAHAN CHINA MERAH
AMIN

PAGI INI
GUA MASUK HOKKIEN
GUA LIHAT KERETA BANYAK
TAPI DAH MULA  KURANG
ASAP MASIH BERKEPUL
BAKAR SANA SINI
LEDAKAN MERCUN
KEDENGARAN

GUA BERJALAN ARAH KE SUNGAI
TAK BANYAK KERETA

KL & KL SENTRAL KELAM
UNGGAS  TAK GUA DENGAR
GUA RASA
HARI INI PANAS
AMIN

BRO 
MULAKAN PAGI INI
DENGAN SENYUMAN
KITA DI LAHIRKAN KEMBALI
UNTUK MEMBUAT KEBAJIKKAN

BRO 
BANYAK PEKARA
YANG ORANG LAIN TAHU
SEBENARNYA
TAK ADA GUNA UNTUK DI KETAHUI

BRO
SANGSI  DAN WAS WAS
KEADAAN TAK SELESA
TAPI 
YAKIN PASTI SATU YANG
ABSURD

BRO
AYAT DAN PERKATAAN
YANG WAJIB ADA DALAM 
KEPALA KITA
IALAH : SEDIA MENERIMA

BRO
HADIAH : KESEHATAN KEKAYAAN
KEILMUAN CINTA BAHAGIA DAN BERHEMAH
HASIL DARI TAK AMBIL
PEDULI ORANG LAIN
DAN TERUS BAIKI DIRI

BRO
LU JADI  SAMA BESAR
DENGAN PEKARA KECIL
YANG MEMPROVOK LU

BRO
ADA SOSOK MELAMBATKAN
CARI KEUNTUNGAN
ADA SOSOK TAK AMBIL PEDULI
IKUT YANG TAK AMBIL PEDULI

BRO
TUGAS UTAMA
DALAM HIDUP INI
IALAH UNTUK MEMISAHKAN PEKARA
YANG BOLEH KITA KAWAL
DAN PEKARA  LUAR YANG
TAK DAPAT DIKAWAL

BRO
BELAJAR SENTIASA
UNTUK MEMISAHKAN
DIRI KITA DARI
MEDAN TEMPUR YANG 
KACAU BILAU

BRO
SOSOK BIJAK
TAK PERLU APA APA
DIA MENGGUNAKAN 
APA YANG ADA
SOSOK BEBAL
MENGUMPUL SEMUA BENDA
TAPI TIDAK PUN DIGUNAKAN
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERPUASA

Tiada ulasan: