BERITA DARI
CHOW KIT
UNTUK MAKLUMAN
PEMBACA TUKAR TIUB
PASAR YANG HARGANYA
MASIH DEMOKRATIK
KITA ADA UPAYA UNTUK
MEMBELI MASIH LAGI
PASAR CHOW KIT
PAGI INI GUA DISANA
MEJA KOBID
MEJA DBKL
MEJA MY SEJAHTERA
TELAH TIDAK ADA LAGI
MEJA INI TERLETAK
DI PINTU MASUK
PASAR BUAH
DIJAGA OLEH PEGAWAI DBKL
PKP DAH TAMAT
AMIN
HARI INI
AYAM DAGING TAK ADA
AYAM DAGING 10 RM SEKILO
TAPI TAK ADA
YANG ADA AYAM PENCEN
10 RM SAEKOR
GERAI AYAM BANYAK TUTUP
GUA DAPAT BELI HATI & KAKI AYAM
JUMALAH DUA BARANG 9 RM
UNTUK TAK TAK & EZI
RANGKA AYAM TAK ADA
GUA RAYAU TAK JUMPA
GERAI IKAN BANYAK TUTUP
IKAN JUGA KURANG
TALAPIA MASIH 6 RM SEKILO
TONGKOL ITAM 12 RM
TONGKOL PUTIH 9 RM
KERANG 12 RM SEKILO
UDANG KETAM SOTONG
HANYA MAMPU TENGOK
KAH KAH KAH
GUA BELI SOTONG REJEK
5 RINGGIT 1 LONGGOK
PASAR DAGING
GUA HANYA MELINTAS
PASAR BUAH
HARGA MASIH DEMOKRATIK
MANGGIS 8 RM SEKILO
PISANG 6 RM SEKILO
MANGGA 10 RM UNTUK 3 KILO
RAMBUTAN JANGAN PILIH
6 RM SEKILO
AVOKADO MASIH 8 RM SEKILO
ANGGUR 5 RM SEKILO
LIMAU KECIL 4 RM SEKILO
BETIK 5 RM SEKILO
BUAH LAIN
GUA TAK AMBIL POT
GERAI BUAH
SAMA GERAI SAYUR
SAMA SEPERTI GERAI IKAN
BANYAK TUTUP
AKHIR
GUA BELI BUAH BETIK
BUAH RAMBUTAN
BUAH LIMAU
AVOKADO
BUAH MANGGA 3 KILO
DAN BUAH MANGGIS
SAYUR GUA BAYAM
DAUN SALAD
KUNYIT
DAN TIGA LONNGOK
JERING MUDA
HARGA 5 RM
PETAI YANG GUA MINAT
KINI HANYA MAMPU TENGOK
3 PAPAN 10 RINGGIT
GUA JUGA BELI IKAN PARANG
HANGA 21 RM
LEBIH DARI 1 KG
SEDAP TAPI BANYAK TULANG
LAMA TAK RASA
KETIKA GUA MENGETIK
TULISAN INI
IKAN PARANG GUA
SEDANG ATAS BELANGA
MASAK DENGAN SANTAN
KUNYIT LADA HALIA
CAMPUR TERONG
UNTUK MASAM
GUA BUBUH BUAH APPLE
KERANA TAK JUMPA BELIMBING
INI LAUK GUA
UNTUK SATU MINGGU
KAH KAH KAH
GUA HANYA
MAKAN BUAH TEMPATAN
GUA KURANG MINAT
BUAH EROPAH
PADA HEMAT GUA
UNTUK KITA
YANG BUKAN KELUARGA KAYANGAN
GUA RASA PASAR TERBAIK
MASIH LAGI PASAR CHOW KIT
AMIN
1 ulasan:
Gua pulak rasa kita patut ghentikan makan ayam sbb mahal. Apa kata kita makan itik pulak. Kehkehkeh
Catat Ulasan