Isnin, 16 Mei 2022

 




Umno bersedia hadapi PRU15, namun tarikhnya kerajaan tentukan, kata PM

UMNO bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), bagaimanapun tarikh bila ia akan diadakan ditentukan oleh kerajaan.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata tarikh PRU15 akan ditetapkan oleh kerajaan dengan keputusan yang dibuat dalam Mesyuarat Kabinet.

“Parti adalah berbeza dengan kerajaan. Parti pun tahu kalau ada cadangan, saya bawa ke Kabinet dan Kabinet luluskan. 

Jika Kabinet memutuskan tarikh, Kabinet akan memberi mandat kepada saya dan saya akan berbincang dengan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dari segi prosedur,” katanya ketika ditemui selepas jamuan Hari Raya Aidilfitri Umno di Kuala Lumpur hari ini.

Terdahulu, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden Umno menghadiri Perhimpunan Agung Khas Umno bagi meminda perlembagaan parti itu untuk membolehkan pemilihan parti diadakan tidak lebih daripada enam bulan selepas PRU.

Pindaan itu yang dibentangkan oleh Naib Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin diluluskan sebulat suara oleh 2,586 perwakilan yang hadir.

Mengulas mengenai pindaan berkenaan, Ismail Sabri berkata Umno akan memaklumkan perkara itu kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk mendapatkan kelulusan penangguhan pemilihan parti. 

Ditanya jika Umno akan berdepan sebarang masalah dengan ROS, Ismail Sabri berkata:” Kita tak tahu, akan hantar permohonan untuk kebenaran tentang pindaan itu, kita tunggu dalam masa 60 hari kena hantar,” katanya.

Umno sebelum ini menangguhkan pemilihannya di semua peringkat cawangan, bahagian dan Majlis Tertinggi selama 18 bulan selepas penggal 2018/2021 berakhir pada 30 Jun tahun lepas.

Tempoh 18 bulan itu akan tamat hujung tahun ini dan pemilihan Umno penggal 2021/2023 perlu diadakan sebelum 30 Disember 2022. – Bernama, 15 Mei, 2022.


APA SABRI

KATA ADALAH

BETUL

AMIN

KABINET AKAN

BUAT KEPUTUSAN

BILA PRU15 

 DIADAKAN

AMIN

MAKNANYA 

BUKAN ZAHID

BUKAN NAJIB

YANG TENTUKAN

KAH KAH KAH

LAGI SATU 

JANGAN LUPA

SABRI ADA 

JANJI DENGAN

MUHYIDDIN

KAH KAH KAH

TARIKH PRU

ADALAH SALAH

SATU SYARAT

DALAM SYARATON

KAH KAH KAH

Tiada ulasan: