Khamis, 26 Mei 2022

HARI RAYA KE 25

 



HARI RAYA KE 25

KHAMIS  26/5/2022

KITA SAMPAI HARI KE 25
BERAYA

ANGKA KINI
1000+++
TANDA BAIK

AYAM AYAM
NAIK HARGA
INI BUKAN AYAM KAMPUNG
INI BUKAN AYAM SIAM
INI AYAM DAGING

KENAPA NAIK?

AYAM JADI SUMBER UTAMA
PROTEIN KITA
DAGING MAHAL
IKAN JUGA MAHAL
AYAM LEBIH DEMOKRATIK

HARGA  AYAM DI KAWAL
KINI HARGA MAKANAN AYAM
DAH NAIK  
NAK LEPAS KAWALAN
RAKYAT AKAN MENGAMUK
APA JALAN ?
BERI SUBSIDI?
ATAU
GALAKAN ORANG KAMPUNG
KEMBALI PILIHARA
AYAM KAMPUNG

BUKAN SAJA AYAM
IKAN SAYUR BUAH
SEMUA BOLEH DI USAHAKAN
KALAU GANJA BOLEH
TANAM DALAM PASU
MUSTAHIL LADA DAN TOMATO
TAK BOLEH HIDUP DALAM PASU

KEMPEN BUMI HIJAU
WAJIB DIJALANKAN
BUKAN KEMPEN
BAHASA ASEAN
KAH KAH KAH

WOIT 
BILA PRECINCT DI PUTAR JAYA
NAK DI GANTI DENGAN
NAMA JALAN 
WILAYAH
DAERAH
KAWASAN ?

UKRAINE
UNTUK KALI PERTAMA
DIAKUI 100 ORANG SEHARI
SOLDADU UKRAINE TEWAS
SOLDADU RUSIA
 KITA TAK TAHU ANGKA

MEDIA PRO AMERIKA
TAKDA PILIHAN WAJIB
LAPORAN TENTANG INI
'KALAU TIDAK SUSAH BIDEN
NAK KELUAR DANA BANTU UKRAINE
KAH KAH KAH

MALAPETAKA CUACA
MAKIN JELAS
PAKISTAN INDIA PANAS TERUK
MANAKALA BANGLA
BANJIR TERUK

INI BARU PERMULAAN
KEBULURAN AKAN SAMPAI
DALAM MASA YANG 
TIDAK LAMA LAGI
AMIN

HOKKIEN
CERAH SEGARA
RUMPUT BASAH

MATAHARI TERSELIT MUNCUL
ARAH KE SUNGAI BESI
AWAN PUTIH BIRU
ARAH KE SHAH ALAM
AWAN MENDUNG

KL & KL SENTRAL
DILIHAT CERAH
GUA NAMPAK HUTAN
HULU LANGAT BIRU BERSIH

KENG KENG 
MELINTAS  SAMBIL MELAUNG
TERKUKUR BERLAGU
MURAI BILA BERCEKAK
MENJADIKAN PAGI INDAH

GUA LALU DEPAN MENGKUDU
GUA NAMPAK DUA EKOR TEMPUA
NAK BUAT SARANG DI TAPAK LAMA
POKOK MENGKUDU INI RENDAH
DAN TEPI JALAN
NAJIB  SENANG DATANG....
OPPS... SALAH
PENCURI SENANG DATANG
AMIN

BRO
MULAKAN
PAGI INI DENGAN SENYUMAN

BRO
JANGAN GUNAKAN KAPAK
UNTUK MENJAHIT

BRO
SEDIAKAN PAYUNG
SEBELUM HUJAN

BRO
LILIN YANG MEMBAKAR
DUA KALI GANDA CAHAYA
AKAN
TERBAKAR
  MASA YANG SINGKAT

BRO
PEMIMPIN YANG UNGGUL
TIDAK DIKETAHUI RAMAI
BEKERJA DI BELAKANG TABIR
DAN
KURANG BERCAKAP

BRO
BILA LU DAH SELESAI
BUAT KERJA ITU
LU DENGAN GEMBIRA
BOLEH BERKATA
'KITA LAKUKAN INI 
DENGAN TANGAN SENDIRI'

BRO
HENDAK MEMAHAMI
SESUATU
MACAM MENAPIS AIR BERGELODAK
WAJIB BERSABAR
BIARKAN GELODAK ITU
MENGENAP

BRO
JIKA LU SEDAR
SEMUA AKAN BERUBAH
JADI TAK GUNA KITA
TERUS BERPEGANG
TAK LEPAS LEPAS

BRO
KALAU LU 
TAK TAKUT MATI
TAKDA PEKARA  YANG LU
TAK BOLEH CAPAI

BRO
DALAM DUNIA KITA INI
TIDAK ADALAH BENDA
YANG LEBIH LEMBUT LEMAH
DARI AIR
TAPI UNTUK MENYERANG MERUNTUH
YANG KUAT YANG KUKUH
AIR BERUPAYA
TAKDA YANG LAIN BOLEH
YANG LEMAH MENGALAHKAN 
YANG  KUAT
YANG LEMBUT
MEMATAHKAN YANG KERAS


BRO
SEMPOI MUDAH
SABAR DAN
KASIH SAYANG
TIGA PEKARA INI
HARTA YANG WAJIB
KITA MILIKI
SEMPOI MUDAH DALAM 
FIKRAH DAN TINDAKAN
KEMBALI PADA ASAL USUL
SABAR KEPADA KAWAN DAN MUSUH
SESUAI DENGAN CARA YG SEDIA
KASIH SAYANG PADA DIRI SENDIRI
KITA SUAIKAN DIRI
DENGAN ALAM INI
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERAYA

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Amin, terima kasih tt