Khamis, 5 Mei 2022

KITA SEMAKIN PULIH

 


Kes harian kekal 

di paras 1,000 jangkitan, 

3 lagi terkorban

1,054 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,452,835 kes.

Sebanyak 4,170 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,388,491.

Ketika ini, 28,777 kes aktif direkodkan, dengan 27,361 atau 95.1% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 14 (0.0%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 1,328 (4.6%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 74 kes dan 41 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan. 

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 55.9% dengan kes Covid-19 merangkumi 10%.

Tiga korban turut dilaporkan  menjadikan kes keseluruhan kematian adalah sebanyak 35,564 orang.

KEADAAN

PERANG  LAWAN

MAT KOBID

HAMPIR MENANG

AMIN

MARI KITA

SESAMA JAGA

KITA JAGA KITA

AMIN

Tiada ulasan: