Isnin, 23 Mei 2022

PEMIMPIN ISLAM DIHALANG

 



Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Najib lucut kelayakan Sri Ram

MAHKAMAH Persekutuan menolak permohonan rayuan bekas perdana menteri Najib Razak dan peguamnya Shafee Abdullah untuk menghalang Gopal Sri Ram daripada menjadi pendakwa dalam kes berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Panel tiga hakim yang diketuai Zawawi Salleh berpendapat rayuan Najib tidak memenuhi keperluan undang-undang di bawah Akta Mahkamah Kehakiman.

“Soalan kebenaran yang dikemukakan oleh kedua-dua pemohon telah diputuskan sebelum ini dalam kes Anwar Ibrahim,” katanya, merujuk kepada tindakan mahkamah oleh Anwar untuk memecat Shafee dalam rayuan kes Liwat 2.

“Memandangkan undang-undang telah diselesaikan, maka tiada sebab untuk mengabaikannya.”

Mahkamah tidak mengeluarkan perintah mengenai kos.

Hakim Mahkamah Persekutuan lain yang bersidang bersama Zawawi ialah Vernon Ong dan Nallini Pathmanathan.

Najib memfailkan permohonan semakan kehakiman untuk melucutkan kelayakan Sri Ram sebagai DPP kanan dalam kes berkaitan 1MDB pada Disember 2018.

Pada 28 Ogos tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memutuskan pelantikan Sri Ram adalah sah.

Kemudian pada November tahun lepas, Mahkamah Rayuan juga menolak permohonan Najib atas alasan Sri Ram lebih daripada layak dan sesuai untuk dilantik sebagai timbalan pendakwa raya kanan.

Najib berdepan pelbagai pertuduhan berhubung 1MDB dan laporan audit 1MDB, bersama-sama dengan perbicaraan membabitkan Syarikat Pelaburan Petroleum Antarabangsa (IPIC) dan tiga lagi pertuduhan pengubahan wang haram berhubung SRC International Sdn Bhd.

Najib telah pun disabitkan kesalahan dan dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta kerana salah guna kuasa, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram berhubung dana SRC RM42 juta. – 23 Mei, 2022.

 

ADIL KAH

PEMIMPIN ISLAM

YANG WARAK

YANG SYUMUL

YANG JUJUR

DI DAKWA OLEH

SOSOK BUKAN

ISLAM

AMIN

LIHAT PEGUAM

BELA NAJIB

SEORANG KEELING

ISLAM

AMIN

SEMUA INI

BOLEH SELESAI

JIKA NAJIB 

SEKALI LAGI 

BUAT

SUMPAH LAKNAT

KAH KAH KAH 

LEPAS

 SUMPAH LAKNAT

KALAU NAJIB

 TIDAK

DISAMBAR PETIR

 MAKA SAH 

NAJIB TIDAK 

BERSALAH

KAH KAH KAH

1 ulasan:

hamim berkata...

TT kenapa mereka takut sangat Sri Ram jadi ketua pasukan pendakwa?