Khamis, 19 Mei 2022

PRODUK PERTAHANAN NEGARA

 




Ustaz Kazim sakit, terkena buatan orang?


PENDAKWAH terkenal,  Mohd Kazim Elias dilaporkan sakit ketika ini, dipercayai terkena buatan orang.

Perkara itu dikongsikan oleh keluarga beliau, yang tidak menolak dakwaan kesakitan yang dialami Ustaz Kazim akibat terkena sihir.

Abang beliau,  Mohd Najmuddin Elias berkata, Mohd Kazim yang lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim menderita bengkak kaki sejak dua minggu lalu hingga menyukarkannya untuk berjalan.

Menurutnya, pakar perubatan yang ditemui bagi tujuan rawatan tidak dapat mengesan punca penyakit terbabit.

"Ketika saya datang menziarahi Khamis lepas, beliau (Uztaz Kazim) telah menunjukkan beberapa keping gambar yang sepertinya ada unsur-unsur mistik ditemui di jalan yang menjadi kebiasaannya lalu di situ.

"Maka kami tidak menolak kemungkinan unsur (mistik) itu ada berdasarkan keadaan beliau, kami telah melakukan usaha cara perubatan Islam untuk merawatinya," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Beliau berkata, keadaan Ustaz Kazim ketika ini adalah stabil, tetapi masih memerlukan rawatan susulan di hospital.

Katanya, orang ramai diharap terus mendoakan kesihatan Ustaz Kazim kembali pulih dan dijauhi daripada perkara-perkara tidak diingini.

KITA HARAPKAN

USTAD INI AKAN

LEKAS SEMBUH

AMIN

 SATU SOALAN

DALAM KEPALA

AMIN

KITA SELALU 

DENGAR ILMU SIHIR

DAN POWER 

ILMU SIHIR

AMIN

KENAPA KITA

TIDAK JADIKAN

ILMU SIHIR INI

PRODUK 

PERTAHANAN

MALAYSIA

AMIN

AMERIKA ADA

BOM NUKLER

KITA ADA SIHIR

KHALAS

KENAPA KITA

TIDAK SIHIRKAN

MUSUH JAHAT

KITA SEPERTI

ZIONIS ISRAEL

PRESIDEN BIDEN

XI JIN PING

ATAU PUTIN

AMIN

KALAU SEKARANG

KITA SIHIR PUTIN

PERANG UKRAINE

AKAN TAMAT

AMIN

HARGA BAHAN

MAKANAN AKAN

TURUN

KHALAS

ILMU SIHIR INI

WAJIB DIAJAR

DI UNIVERSITI

SEPERTI ILMU

ALGEBRA

ILMU BIOLOJI

ILMU PERUBATAN

AMIN

MALAYSIA JADI

PUSAT ILMU SIHIR

TERSOHOR DALAM

DUNIA

SETARAF DENGAN

UNI YALE

UNI OXFORD

UNI HAVARD

KAH KAH KAH

KAHLAS

KAH KAH KAH



4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sihir gua tak caya gua caya teknologi haarp je.. kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Untuk pengetahuang semua... Bagi mendapak ijazah dalam ilmu sihir bukan sonang.. Kalau latihang menjadi komando tu dikira susah... Ini lobih lagi... Dengan bertapanya... Dongan pantang larangnya... Tak boleh melihat buret selama 10 tahung....??? Tapi kalau lu nak jadi orang minyak... Tiap tiap hari lu kena cari buret anak dara sunti... Hahaha.... Atas sobab sobab susah dan payah ni la kita bolum berjaya bukak universiti sihir lagi... Baru nak tunjuk power cari MH370 geng agamawan dah cantas.. Jadi lagu mana nak maju? Kah kah kah...

panglimo potaseh berkata...

Pabilo Latok TaT Kazim sabdo yam mato-ari ngolilingi dunio ..ado kah ini totando dio dah kono buek kek orang ..ala la la latok ..

Tanpa Nama berkata...

Tt tak percaya sihir. Tapi waktu tt cerita yg pak cik tt ada ilmu kebal, tt mengaku yg tt percaya ilmu kebal itu wujud. Ilmu kebal tu kan salah satu ilmu sihir. Guna jampi serapah untuk lindung diri.